Friday, January 29, 2010

Gadget terbaru

Hari ni tuju ke Equine Park dengan suami dan anak-anak , cari sun hat untuk sikecil Maryam. Tiba saja terus ke pizza hut untuk lunch, baru kemudian ke Jusco mencari yang dicari.

Banyak warna tapi takde yang menarik. Tak terfikir nak ke tempat lain, Encik suami pula ada apointment petang, beli juga warna cream dengan sikit patchwork. bolehlah lindung kepala Maryam dari terik panas. Kesian Maryam berpinar hantar Abang sekolah.

On the way
balik, minta Encik suami bawa ke Bandar Baru Bangi, singgah di Manjaku survey pula baby gear .Rambang mata kakak Sarah,ligat tangan Naufal habis semua ditekan, dicuba, layan kan saja =)

Geram! comel-comel belaka. Puas melayan, membelek dan menilik, akhirnya beli juga Vtech 1st Steps Baby Walker idaman ibu Maryam untuk Maryam =P

(image googled)

Sangat suka, sangat ungu, sangat pink, sangat saya! =)

Thursday, January 28, 2010

Mute mode

Menonton tv tanpa suara. Bunyinya pelik? tapi itu yang saya lakukan, in fact saya selalu lakukan waktu anak kecil saya tidur =)

Biasanya sikecil tidur dibilik tingkat atas, saya pula ditingkat bawah dengan rutin harian sambil menonton. Untuk elak tak mendengar tangis, saya biarkan tv tanpa suara.Sudah terbiasa, saya menikmati dengan senang sekali.

Wednesday, January 27, 2010

SONday

Menjadi ibu kepada anak-anak yang cemerlang adalah kebanggaan dan impian semua. Saya juga begitu, gembira dan teruja, rasa nak menitis airmata bila anak yang dilahirkan dan dididik cemerlang dalam pelajaran.

Dua minggu lalu anak kedua saya menerima penghargaan dari sekolah kerana keputusan peperiksaan yang baik diantara rakan sekelas pada tahun lalu. Walaupun sudah berlalu,saya mahu juga menulisnya disini sebagai dedikasi buat anak lelaki ini, dengan harapan aspirasi akan berterusan dan ianya menjadi inspirasi buat kakak Sarah dan Maryam.

Pertama dalam barisan

Pertama menerima sijil kecemerlangan



Tahniah adik! Terima kasih tak terhingga buat cikgu-cikgu Naufal dan kakak Sarah

p/s: Diberitahu, Naufal selalu tegur cikgu bila cikgu salah mengajar. Saya rasa komunikasi yang baik antara dia dan gurunya, dalam masa yang sama saya risau tentangnya. Bagaimana?

Monday, January 25, 2010

Welcome!

Assalamualaikum semua,

wOw! Akhirnya saya punya blog sendiri.

Apa ye yang kalian tulis untuk entry pertama blog kalian? Saya tidak ada idea dan tak pasti apa yang perlu saya tulis buat pertama kalinya.

Blog ini adalah titik awal saya expose diri untuk berkongsi dunia kehidupan, menyelami emosi dan pemikiran. Jadi biar saya mulai dari sini...

Welcome and cheers for everyone =D