Wednesday, December 29, 2010

Apa ni?

Sebulan seluruh badan Kakak Sarah bertompok-tompok merah gatal. Sekarang ia naik ke muka pula. Dia jadi malu bila orang pandang-pandang. Jalan tunduk saja bila saya bawa kemana-mana. Nak ambil gambar pun dia tak mahu.

 Trip Pulau Pangkor semakin banyak hingga ke kaki dan tangan.


Pulang dari Pangkor terus ke Klinik Prima. Dr Runika pula kata ia sejenis fungus, dalam masa 3 minggu ia akan hilang dengan sendiri. kami minta injection, tapi tak boleh juga. Katanya tak memberi apa-apa kesan. Kakak Sarah di berikan krim sapu Beprogent dan ubat alahan.

Tompok-tompok dimuka nampak jelas.

Tak sampai 48 jam makan ubat alahan dari doktor Runika. Tompok-tompok naik kemuka dengan banyak. Kami jadi semakin panic! Kami berhenti beri ubat alahan dan berhenti sapu ubat. Saya gantikan krim sapu kepada calamine. Biar sejuk dan kurang rasa gatal di kulit. Dengan calamine Alhamdulillah, tompok dan rasa gatal  berkurang.

Pergi semula berjumpa doktor Runika. Jawapan lain kami terima, mungkin alahan kulit dari bahan kegunaan harian. Dia tak mahu langsung beri injection tapi bersetuju saya gunakan calamine.


Tiga orang doktor kami jumpa dengan tiga pendapat yang berbeza. Kami ambil keputusan bawa pula Kakak Sarah berjumpa dermatologist di Klinik Qistina di seri kembangan. Sebelum ini memang terfikir ke specialist tapi bak kata doktor ia alahan biasa, kami biarkan dulu saja.

Doktor di Qistina kata (maaf saya tak ingat nama) ia jangkitan biasa yang semua orang akan kena.

Alhamdulillah, dengan sekali jap tompok-tompok merah hilang sepenuhnya, tapi yang menyedihkan ia meninggalkan tompok-tompok putih dibahagian muka. Kesan itu mengambil masa agak lama untuk pulih kesediakala. Kakak Sarah dibekalkan steroid untuk 10 hari dan krim sapu untuk badan dan muka.

Kalaulah saya tahu, awal-awal saya bawa Kakak Sarah ke dermatologist.

Kakak,Ibu minta maaf lambat hantar Kakak ke specialist. ibu kesal =(




Saturday, December 25, 2010

Hari natal

Knock! knock! knock!who's there? it's merry! merry who? merry christmas!!!

(image googled)





Monday, December 20, 2010

Lauk haiwan

Naufal : Ibu, ibu masak haiwan apa?..(gelak golek-golek). Dah 57.8 kali betulkan pun ayat dia tetap sama. Layan saja lah, ibu nak masak haiwan sotong hari ni!

Betul lah adik cakap! sotong, ikan, udang, semut lipas tu kan haiwan.
Ya lah! Semua tu haiwan, tapi bila masak orang tak kata haiwan, orang kata lauk.

Friday, December 17, 2010

Ulser mulut

 Dua minggu sebelum ke Pangkor, Maryam demam tak kebah. Ditambah pula ulser, kata orang mata ikan tumbuh disekitar bibir dan penuh di dalam mulut. Kalau ikut keadaan Maryam, ketiadaan Naufal dan kakak Sarah yang belum sembuh sepenuhnya, hampir saja kami batalkan rancangan.  Alhamdulillah, suhu badan Maryam turun dua hari sebelum bertolak walaupun ulser masih ada. Jadi setelah berbincang sepakat, Pangkor kami teruskan juga.

Asyik merengek sakit.
Doktor bagi ubat sapu, sebagai atlernative saya guna petua mak, guna madu.

Asalnya tumbuh 2 biji. Satu di atas bibir dan satu di tepi bibir, bernanah dan kecil saja, saya fikir gatal digigit serangga. Tapi bila perasan bibir Maryam membengkak, saya check pula di dalam mulut. Subhanallah! Barulah nampak biji-biji putih penuh di lelangit, lidah, bawah lidah dan gusi. Bila dikira ada 14 biji kesemuanya! Patutlah selama demam Maryam tak nak makan dan tak mau minum dalam botol susu. Kenapalah saya tak terfikir ke situ?


Selama 2 minggu juga Maryam bertemankan susu kotak Dutch Lady : Kid atau Dutch Lady : School (coklat).

sakit sayang? Tunjuk pada ibu mana sakit nak?
Gigi bahagian atas penuh berselaput dengan ulser yang besar sekali dah macam tahi gigi :(

Syyian anak ibu.
Bot laju melantun-lantun melawan ombak, ulser yang besar pecah, mulut Maryam penuh darah sebab bahu ibu dengan mulut Maryam berlaga.

Dari dalam bot membawa ke malam Maryam menangis dan merengek saja, mulut pun makin membengkak.

Gusi dah pecah, tahi gigi yang banyak dah tak ada dah.

Kurusnya anak ibu!
Berat badan Maryam turun mendadak, 2 minggu tanpa makan dan susu yang cukup :(


Hari ini Maryam dah sembuh sepenuhnya =)

Pengajaran :
Lain kali Kalau Maryam atau Kakak Sarah atau Naufal sakit kita duduk rumah saja ya?
Kalau salah seorang daripada kita juga tak ada, kita tak payah lah kemana-mana :(





Tuesday, December 14, 2010

Pangkor : Coral Island

Hari kedua - Selepas breakfast saja semua berkumpul untuk pergi meredah ombak ke Coral bay.

Tunggu  turn nak naik boat.


Sementara menunggu boat sampai, sempat lagi main pasir.

Alala! syian anak ibu. Demam plus ulser pergi juga =(

Berat life-jacket dari Maryam!

Boat  dah sampaiiii!!!


Ready to take off!

Posing tetap dalam agenda walaupun dalam keadaan melambung-lambung dilambung ombak.

Turtle bay, tapi ini bukan batu turtle! salah batu daaa..

hmm! banyak betul haiwan derhaka di Pangkor. Yang ini ikan paus jadi batu, fountain kat atas kepala dia pun dah jadi pokok. Kasihan! kalau tidak mesti kita boleh tengok paus kuak bebas di Pangkor kan ;p

pastu ikan tecik-tecik, pastu tak nampak apa, pastu nampak roti je terapung-apung, pastu teringat Central Market ada kedai jual ikan tecik-tecik macam ni, warna warni lagi..

Wajah-wajah kecewa tak nampak walau seekor ikan.

Yay! Coral Bay!
Masing-masing tak sabar nak terjun ke laut.

Rehat sekejap, pening-lalat naik boat.

Kakak Sarah nak snorkling.

Daddy ajar Kakak Sarah macam mana nak snorkel.

Cari tempat yang sesuai.

Yippie! Kakak Sarah berjaya!

Dengan confident mengapungkan diri. Okey lah tu ada life-jacket ;p

Masa untuk ajar Maryam pula =)

Daddy buat water confident kat Maryam.

Muka sihat je duduk dalam air ya Maryam =)


Kuak lentang takut-telinga-masuk-air.

Tiga beranak, sepatutnya empat beranak =(

Okey! dah kecut kulit badan, masa untuk bersiap pulang!

Ajak ke laut lagi ;p

Sebelum balik posing dulu - wajib ;)

Kenal tak siapa couple ni? tak?

Kalau yang ini? mesti kenal kan..ahaks! (sempat lagi gossip ;P )

Okies, daaa =)




Pulau Pangkor (Hari-1)

Kami belum pernah lagi sampai di Pulau Pangkor. Bila Encik Suami mengajak saya ok  saja. Kami pergi berkumpulan bersama-sama officemate Encik Suami. Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 8 pagi, berkumpul di RNR Rawang, singgah di kenduri kahwin di Bota dan terus ke Pulau Pangkor. Perjalanan yang panjang dan memenatkan!

Terminal feri Lumut

Bergambar sebelum menaiki feri.

Tomey!! Anak dan bapa kangaroo ;p

Wajah gembira Kakak Sarah.

Departure time!

Dalam feri. Walaupun tak sihat Maryam happy juga =)



Di atas deck.

yeay! kita dah sampai ;)
Kami tiba sekitar jam 6 petang.

Kami menaiki kenderaan bewarna pink ini menuju ke hotel.

Menunggu untuk check in.

Oleh kerana kami sampai lewat petang, badan pun letih. Kami terus naik ke bilik, mandi, berehat dan tak ke mana-mana. Lebih kurang jam 8 malam kami turun semula untuk makan malam.

Kakak Sarah yang cantik.

Posing sementara menunggu yang lain.

Kami tanpa Naufal =(

Makan malam berjemaah.
Makan malam hanya di sebelah hotel penginapan. Inilah sebahagian daripada kami, sebahagian lain tak ada meja nak duduk. Mungkin jarang dikunjungi orang sebegitu ramai, jadi empunya kedai menyediakan meja seadanya. Melihat orang sangat ramai dan mereka menunggu lama untuk hidangan, kami bernasib baik, order makanan seawal kami tiba. Kalau tidak terus berkeroncong perut kami.

Dah kenyang perut, kami ambil angin di tepi pantai. Gambar gelap tak nampak apa ;p

Maryam merengek-rengek tak sihat dan letih. Kami tak join rakan yang lain berjalan di persisir pantai. Kami naik ke bilik dan tidur. Simpan tenaga untuk hari ke-2 pula ;p