Wednesday, March 31, 2010

Persiapan buat Maryam

Dua tiga hari ini, saya sangat sibuk dengan persiapan terakhir majlis hari lahir, doa selamat dan aqiqah Maryam. Pantas masa berlalu, hampir setahun sudah Sikecil saya itu. Ini juga majlis pertama buat Maryam. Selepas lahir tak sempat nak raikan sebab tak ada masa yang sesuai. Sebenarnya, perancangan sudah dibuat awal, tapi persiapan semua dibuat saat akhir.

Memang sibuk ke sana ke mari mencari beberapa barang untuk door gift. Banyak juga barang-barang yang boleh dijadikan door gift,  tapi kami shortlisted beberapa barang utama saja yang bersesuaian dengan acara dan majlis.




(image googled)

Selepas itu, entah berapa kali pula bergegas ke Party Buzzsurvey goodie untuk tetamu kecil  dan barang untuk decoration. Ada juga yang  sepadan dengan tema menarik perhatian kami , tapi kami belum ada keputusan yang mana perlu dibeli.

Walaupun semua kerja minit-minit terakhir (saya memang suka last minute kan?), sempat juga saya menempah kek,  paperbag dan beberapa lagi goodie. Sekarang ini semuanya di hujung jari. Click saja yang mana berkenan dihati ;p

Cukuplah cerita untuk hari ini. Ada masa nanti saya menulis lagi. Saya nak sambung semula kerja-kerja yang tergendala sekejab tadi.

Bye.

Monday, March 29, 2010

Lappy kong

Tak tahu lah kenapa, tiba-tiba lappy hibernate, lepas tu terus padam. Encik Suami dah tengok-tengok pun still macam tu juga. Habislah semua gambar-gambar! terutama gambar anak-anak, sedihnya saya! 

Untuk beberapa hari, mungkin minggu, tak dapatlah saya nak berinternet. Kalau ada simpati Encik Suami, boleh lah pinjam Macbook Pro untuk update blog. Boleh kan bang?

Terima kasih Encik Suami untuk update hari ini *wink wink*

Friday, March 26, 2010

2nd G, hadiah dari hati

2G belum cukup, sekarang semua nak 3G. Mungkin tahun depan upgrade ke 4G ;p


Apapun, terima kasih Encik Suami *Hugs & Kisses*

Sunday, March 21, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Apa-apa sajalah

Ibu dan Daddy  pergi membeli buah.
Kakak : Ibu! Kakak nak buah limau (menjerit dari dalam kereta)
Ibu : Tak payahlah, Daddy dah beli banyak buah (jerit juga)
Di dalam kereta.
Adik : Ibuuu, tadikan kakak kata ibu macam kuda.
ibu : Kenapa pulak? tak baik cakap macam tu..
Adik :  Sebab ibu kedekut, kuda kan kedekut..kudukut! kudukut!..hahaha...
Kakak : Hahaha..


Ambil Kakak sarah dari sekolah.
Daddy : Tadi exam apa Kakak?
Kakak : Sains
Daddy : Susah tak? dapat jawab?
Kakak : Susah sikit
Daddy : Apa yang susah?
Kakak : Soalan keperluan-keperluan asas lain bagi binatang
Daddy : kakak jawab apa?
Kakak : Tempat tinggal
Daddy : Betullah tu..selain tempat tinggal?
kakak : Makanan
Daddy : Tempat tinggal, makanan, pengangkutan....
Ibu : keperluan binatang, apa pula pengangkutan..
daddy : (sengih)

Berbicara tentang Kakak Sarah

Kakak Sarah kurang bercakap, suka buat hal sendiri, suka melukis, suka menulis, suka menyakat Naufal, suka gelak, asal cakap saja nak gelak (tak elok tau, cakap habis dulu baru gelak). Tak kelakar pun gelak..haha..

Kakak Sarah ni sangatlah lemah lembut dan lambat. Ya! terlalu lemah lembut jadi lambat. Buat homework lambat, bersiap ke sekolah lambat, kalau pagi tak mengapalah Daddy Kakak Sarah yang hantar ke sekolah. Kalau petang van sekolah sampai Kakak Sarah belum siap lagi, kadang-kadang tak sempat makan. Bila nak makan pula, baru nak suap nasi dah terdengar hon  van sekolah depan rumah. Masa itu lah baru Kakak Sarah terkocoh-kocoh nak cepat. Waktu ibu kecil dulu kalau ibu makan lambat nenek mesti tegur "makan sambil kira nasi ke?. Kalau mandi pula, Kakak Sarah ambil masa yang lama. Selagi tak ada siapa menegur selama itulah dia dalam bilik air.

Tapi Alhamdulillah, waktu solat dan waktu mengaji Kakak Sarah cepat dan tak perlu disuruh. Sudah hampar sejadah dan bertelekung sementara menunggu masuknya waktu solat.

"Saya lah Kakak Sarah. Ibu selalu marah bila saya lambat, bukan lambat tapi saya berhati-hati. Kadang-kadang ibu kata saya suka berkhayal dan berangan, tidaklah! saya sedang membina impian..hehe".






Monday, March 8, 2010

Hari wanita sedunia 2010

Selamat hari Wanita buat ibu, teman-teman dan sekalian wanita.

Sunday, March 7, 2010

Hari ini hari Ahad

Minggu yang sunyi dari majlis dan aktiviti diluar. Jadi duduk rumah silang panggung, tak buat kerja-kerja pembersihan rumah selain memasak dan mencuci, tapi tetap "workout", mengerjakan dan dikerjakan oleh Maryam. Sekarang dah memanjat dan mahu berdiri dengan sendiri. Jadi perhatian  lebih  kepada aktiviti sikecil ini.

Seperti biasa Encik suami sibuk jadi guru untuk si abang dan si kakak, tapi hari ini lebih fokus dan lebih tegang, esok bermula ujian penggal pertama sebelum cuti sekolah bermula. Tiada  tv, hiburan dan bermain, hanya buku dan buku dan soalan. Good luck Kakak dan Adik!

Oh ya! Semalam Kakak Sarah merentas desa, dapat tempat ke-4. Tak mengapa hebat juga, dulu  ibu merentas desa berjalan 5 sekawan berpimpin tangan ( Jangan ikut! jelas tidak hebat sama sekali).

Saturday, March 6, 2010

Friday, March 5, 2010

Blog dan anak kecil

Ouch! Mencabar sungguh berbloging dengan anak kecil melekat disebelah. Kita menaip dia pun sibuk nak menaip, menjerit-jerit kalau tak dapat, merayu-rayu nak laptop, sangat comel dan kelakar, geram pun ada juga. Sibuk melayan, kita pun hilang  idea..haha..

Itulah salah satu sebab kenapa saya lambat update blog.



Monday, March 1, 2010

Dari ungujambu ke sijambu-ungu

Disclaimer:

Atas sebab sendiri, saya dengan ini menukar ungujambu.blogspot.com kepada sijambu-ungu.blogspot.com

Dengan ini segala hasil penulisan dan artikal didalam ungujambu.blogspot.com dan segala gambar dengan watermark ungujambu.blogspot.com menjadi hak mutlak sijambu-ungu.blogspot.com. Segala perbuatan menyalin atau mengubahsuai dilarang sama sekali.

Harap maaf dengan segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.