Thursday, April 15, 2010

Disebalik kejadian

Ambil nafas panjang, hMm..baru ada masa untuk diri sendiri. Letih juga mengurus majlis yang tak seberapa tempoh hari.

Sebenarnya, tak ada cerita baru untuk di update. Cuma nak sambung sikit, kejadian sekitar majlis.

Dua hari sebelum itu,  kami dah pun berada di kampung. Uruskan hal masak memasak pula, tapi bukanlah kami yang masak, semua bantuan dari jiran tetangga. Itu kelebihan duduk di kampung, bila ada majlis kenduri-kendara ramai jiran sama bergotong-royong. Bagi tahu saja menu yang kita mahu, mereka akan sediakan. Kita pun kena sedia jugalah, sedia dengan duit belanja  =)

Inilah orang kampung a.k.a jiran-jiran saya yang semuanya pandai memasak. Menu untuk hari itu : Nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, kari kambing aqiqah. Banyak juga, saya pun dah terlupa ;p, yang pasti kuih-muih mesti ada.


Banyak sungguh barang yang saya bawa balik ke kampung, penuh padat kereta tak cukup ruang. Kebanyakannya barang-barang untuk goodie dan door gift yang belum di pack lagi. Nasib baik juga kek tempah di Sri Medan, Batu Pahat. Kalau tidak pening kepala, fikir di mana pula kek nak di sumbat ;p

Isi kandungan goodie bags buat tetamu-temau kecil, sedap dan berkhasiat. Set pinggan mangkuk untuk suka-suka saja =)

Sebahagian door gift atau biasanya orang kampung panggil "berkat" untuk para tetamu : sejadah kecil dan besar, cupcakes, cookies,
Sebahagian lain bunga telur, ( ikut tradisi, wajib ada) dan set balang rempah.
 Cupcakes, Chocolate muffin dan Heart-Shape-fancy cookies yang sedap ditempah dari Kak Aishah. Terima kasih sebab menerima tempahan last minute dari saya.

Kerja-kerja terakhir packing berkat. Naufal tolong kira, Arif tolong ikat reben, Maryam pun tolong sama, tolong simpul reben,  Atuk dan Nyai tolong tengok, Encik Suami tolong komen ;p

Tadaa! Seharian dengan kerja-kerja membungkus, akhirnya siap juga menjelang senja.

Banyaknya belon kan? Konon untuk decoration, sampai sudah Majlis, berapa ketul saja belon yang di guna. Lain tak tau pergi kemana =(

Syoknya Maryam dengan Kakak Sarah main dalam lautan belon.

Naufal asyik main dengan belon princess tu sampai pecah terkena kipas sehari sebelum majlis.

Birthday girl sedang bersiap untuk diraikan..YiPPie!
 (Jangan kisah dengan cara saya duduk, nak cepat ;p)

Wednesday, April 14, 2010

Pinggan baru, mangkuk baru, cawan juga baru.

Bukan saya punya, tapi sikecil Maryam. Beberapa minggu lalu ke ikea mencari set pinggan mangkuk plastik untuk tetamu-tetamu kecil. Berkenan pula saya dengan satu set pinggan, mangkuk dan cawan dengan gambar tikus di atasnya, comel saja.  (tak pasti tikus atau binatang lain). Kebetulan saya memang mencari set pinggan mangkuk untuk Maryam. Dia pun dah mula makan, jadi beli satu untuk dia.

Sibuk dengan bermacam perkara hampir terlupa. Nak makan malam tadi, tiba-tiba teringat dan terus guna =)

Malam ni beri dia peluang makan sendiri, bersih pinggan dia makan.
 Baru teringat nak ambil gambar dia bila nasi dah habis :P

Dah habis? Ibu bagi sikit sangat ya?

Menangis minta nasi lagi.

Eh! nak tidur dalam pinggan ke?

Seronok tengok Maryam makan, dia lagi berselera bila ada pinggan sendiri. Air pun nak dalam cawan sedondon. Makin pintar anak ibu, sayang selalu *peluk dan cium*




Monday, April 12, 2010

Majlis doa selamat dan aqiqah

Alhamdulillah, bersyukur majlis yang meriah, sederhana dan sempurna sudah selesai.

Terima kasih banyak buat mak, abah dan adik-adik, atuk dan nyai yang banyak membantu mengurus dari awal hingga akhir majlis. Jiran tetangga yang bertukus-lumus menyediakan juadah yang sedap-sedap belaka..yummeh! Tak termampu saya nak membalas semuanya. 

Terima kasih rakan-rakan, saudara-mara dan para jemputan  yang meluangkan masa, sama-sama memeriahkan suasana, mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga

Saya dan keluarga juga meminta maaf jika sepanjang majlis berlangsung ada kekurangan yang tak menyenangkan dan layanan yang tak memuaskan.


Maryam sudah setahun." Happy birthday anak ibu."

 Bacaan doa dan berzanji dari orang-orang kampung

Para tetamu menjamu selera.

Masa untuk kek. Hari lahir Naufal yang ke-8 juga diraikan pada majlis yang sama.
"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Abang dan adik, Allah selamatkan kamu."

Tetamu-tetamu kecil. 

Antara orang-orang penting dalam hidup saya, yang lahir pada bulan yang sama juga diraikan. Happy birthday Abang Naufal, Ayang, Abah dan juga Nurul. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus diberkati =)

 Masa untuk melayan tetamu.

Menangis, posing, makan dan main.

Candidos,

Adios!