Sunday, June 27, 2010

Properd Comm Gathering

Hujung minggu kami sekeluarga ke PD, join barbecue gathering rakan-rakan Properd Communication. Lama rasanya kami dan tak kumpul beramai-ramai. Jadi inilah peluang nak bersua rakan-rakan yang lama tak jumpa.

Biasanya kami bergerak bersama-sama, tapi sebab saya nak ke MIHAS dahulu, kami pergi berasingan. Tiba di PD hampir senja, sampai-sampai saja saya terus naik ke apartment. Siapkan diri dan anak-anak untuk acara barbecue. Saya turun semula lebih kurang pukul 8 malam. Aktiviti memanggang sudah siap, makan malam juga sudah tersedia, Terima kasih  rakan-rakan. Saya langkah kanan =)

Menu utama, Kambing panggang.

Siap untuk dipanggang.

Berborak penuh info.

Ibu dan anak-anak.

Masing-masing macam tak sabar nak meratah, lapar ke?


Buat apa tu Bang? action saja kan ;p


Bapa-bapa yang sibuk.


Masa untuk meratah..yummeh!


Nampak juicy kan..Sluuurpp!


Satay pun ada.
Penaja : Azie dari seremban. Thanks Azie, lain kali sponsor lagi ;p


 Laksa kedah, muffin, cheese tart, ketupat dan kuah kacang.
Semua dari rakan-rakan, kami bayar dan makan.


Ibu-ibu dan anak-anak menjamu selera.


Menjamu selera sambil bersila.

Menjamu selera sambil berbual bertanya khabar berita.

Kan dah kata, rupanya dia memang lapar giler.

Suasana malam di tempat acara.

Anak-anak meragam, perut dah penuh, mata pun dah mengantuk. Jadi kami naik ke atas, sudah masa untuk tidur.




Photo credit : Poknen


Tuesday, June 22, 2010

Kereta baru lagi


Kereta baru untuk Sikecil Maryam =)

Quinny Zapp merah menyala.





Wednesday, June 16, 2010

Kembali ber-blogging

Assalammualaikum,
Sudah berbulan lamanya saya tak kemaskini blog sebab laptop rosak. Sudah agak lama juga laptop baru berada di tangan tapi rasa malas menguasai diri ditambah pula dengan kesibukan diri mengurus keluarga.

Lepas ni saya akan kemaskini blog perlahan-lahan :)

p/s : Buat Yati yang tag Akak " Apa dalam handbag" tu, Akak akan update juga...tunggu! =)