Thursday, October 13, 2011

Pre-loved handbags for sale!

Assalammualaikum semua,
sangat lama tak update blog, puncanya sebab malas =)

Direct to the point, sebenarnya saya nak let go beberapa handbag yang saya jarang guna dan ada beberapa darinya tak pernah di guna dan ada yang sangat baru dan tak berminat nak guna. Terlalu banyak sangat handbag sampai pening kepala fikir bila masa nak guna *Pengsan*

Bukan setakat handbag saja saya nak let-go, ada lagi barang lain, stroller, baby seat, baju dan banyak lagi. Tapi saya mulakan dengan handbag dulu.

Semua handbags adalah 100% sahih asli (100% authentic), membeli-belah lah dengan yakin (hehe).

Sebarang pertanyaan & urusniaga boleh email saya izazulzilatil@yahoo.com

Jual beli adalah secara tunai & 1st come, 1st serve basis.


Jom cuci mata =D


Guess
codition : 90% Good
Selling price : RM80
 Used : Several time
Available

Guess
Condition : 98% good 
 Selling price : RM130
Used : Once
Available


Guess
Condition : 85% good
Selling price : RM60
Used : Once
SOLD


Guess
Condition : 80% good
Selling price : RM60
Available


Cole Haan Geni  Drawstring Hobo
90%  as good as new
Price : RM780
Let-go price : RM380
Used : Several time ( 4-5 times)
SOLD
 Ada sikit scratch bahagian bawah ( Picture no.3)


Beg ni sangat best, tapi tak tau bila nak guna. Beg ni boleh dikata weekend-bag-in-style.
Boleh bawa ke gym, swimming & kemana-mana sajalah yang penting boleh isi baju 2-3helai, make-up (dah pasti!), nak isi chanel maxi jumbo pun boleh. Nak isi barang-barang baby, mommy stylo habis! =)



Tunggu bahagian ke-2 sale saya ya. Terima kasih =)







Tuesday, July 12, 2011

Hari ini - 38 tahun



Selamat hari lahir buat yang tercinta.
Semoga, kejayaan, kebahagian dan rahmat mengiringi kehidupan abang dan kami.


Nah! Porsche Panamera untuk abang =D


Tuesday, March 1, 2011

Muara ikan bakar Sungai Duyung

Hujung minggu lalu, kami bawa anak-anak makan-makan di Melaka. Kebetulan adik-adik dan abah ada, jadi mereka join sekali. Bertolak dari Gombak (dari rumah makcik) 4.30 petang dan sampai di Melaka 6.30 petang. Just nice! orang tak berapa ramai, Hidangan pun cepat saja sampai.

Nelayan pulang petang.
Berbual sementara tunggu hidangan.

 Maryam, kenapa tu??

 Sendiri tuang,

Sendiri minum ;p

 Sotong goreng cili 

Tauhu bakar

Ketam tiga rasa - 

Udang black pepper

Siakap bakar

 Pemakan tegar!


Ala! budak kecik ni mesti nak pau ketam, rugi aku!

Kan dah kata, pinggan dah bersusun pun still mood makan.
helloO! hujan ribut taufan pun tau berhenti ;p

Maryam yang dah comot.

Naufal : Kuatnya Cik Ayang makan, kulit pun dia makan juga ke?

Alamak! lambatnya mamat ni makan. Aku dah start lapar balik ni!

err..Maryam tunjuk sign apa tu?

Habis makan dan berbual-bual kami pun bersurai. Adik-adik dan abah menghala ke Johor manakala kami pula pulang ke Kuala Lumpur.

Overall malam itu, semua hidangan tak menepati selera, macam masak cincai saja. Kecewa!





Wordless : Diamond night

Friday, February 25, 2011

SON-day

Selamat hari lahir Abang Naufal.
Semoga menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia,
dan semoga dalam lindungan Allah jua.

"Saya sudah 9 tahun."

Friday, February 18, 2011

Pulang dari sekolah

Dua hari menangis dan protes tak mahu makan dan minum di nursery, hari ke-3 dah okey. Dah tak menangis (waktu saya hantar dan ambil saja menangis sedih). Hari ni minum susu habis dan sebelum saya ambil Maryam makan sebiji kuih pau dan nugget, habis! Tidur saja dia tak mahu, mungkin tak biasa lagi.



Sampai di rumah terus ambil gambar. Dua hari sebelum tak sempat nak ambil sebab dia merengek merajuk ;)

Sedang saya sibuk upload gambar ini, dia baring di sebelah. Ingat nak bermanja-manja, rupa-rupanya dia dah tertidur.

 Mengantuk sangatlah tu =)


Thursday, February 17, 2011

Selamat jalan

Selamat menuju ke Auckland. Semoga kita berjumpa lagi.


Kami akan merindui kamu.



Wednesday, February 16, 2011

Orang asing, suasana asing

Hari ini buat pertama kalinya saya berpisah jasad dengan Maryam. Hari pertama Maryam di tempat yang begitu asing tanpa ditemani saya, yang ada hanya orang-orang asing yang tak pernah dikenali. Mungkin untuk hari pertama, tempat ini agak menakutkannya. 


Inilah tempat itu, sebuah nursery Al-Khawarizmi. Dari luar nampak macam rumah biasa, tak proper  (baru berpindah, kerana bangunan lama dibahagian tepi sudah dijual)  tapi di dalamnya dipenuhi kanak-kanak comel dan Maryam adalah penghuni baru. Untuk pengetahuan, Kakak Sarah dan Naufal juga pernah menghuni di nursery ini beberapa tahun yang lalu. Nanny sudah bertukar ganti, harapan keadaan, persekitaran dan jagaan tetap sama seperti dulu.

Seminggu sebelum itu, setiap hari asyik berbual dengan Maryam topik tentang sekolah, taska, nursery, cikgu dan kawan-kawan. Biar dia tak terlalu terkejut bila dihantar ke sini. Bila ditanya nak ke sekolah atau tidak, Maryam menjawab "nak"

Kami dah sampai.
Di hadapan nursery, waktu ini tak tahu lagi diri tu nak kena tinggal ;p
Perasaan saya pula ketika ini bimbang, kasihan, sedih, sebak, sayu bercampur baur. Macam-macam saya fikirkan. Sebenarnya saya tak sampai hati nak tinggalkan dia di sini =(

Peace daddy!

Saya dan Encik Suami hantar Maryam lebih kurang pukul 2.30 petang dan plan ambil semula satu jam kemudian (ikut waktu nursery sepatutnya 12 tengah hari hingga 7 petang). Saya serahkan Maryam pada Cikgu Alin, dia dah mula menangis. Kami tak dibenarkan menunggu. Sebaik pintu rumah di tutup, semakin kuat dia menangis, semakin sebak hati saya. Kami tunggu beberapa minit di dalam kereta. Tak tertahan hati mendengar jeritan Maryam saya minta Encik Suami beredar.

Saya telefon Cikgu Alin setengah jam kemudian dari pejabat pos (saya renew license), tak bercakap lama sebab dari jeritan Maryam saya dah tahu keadaan di sana. Selesai urusan kami terus ke nursery. Pukul 4 petang kami sampai dan perhati dari luar. Dia dah berhenti menangis dan sedang makan, tapi bila terpandang saja saya dia terus menangis berguling di lantai, tunjuk protes. kasihan dia!

Cikgu Alin kata selama satu jam di nursery dia berhenti menangis ketika makan dan mandi saja.

Bila saya tanya lagi esok nak ke sekolah atau tidak, jawapannya tetap "nak".

Kita tengok pula esok macam mana =)






Tuesday, February 15, 2011

Rasulullah S.A.W


Selamat Menyambut Maulidul Rasul 12 Rabiul Awal 1432H bersamaan 15 Februari 2011
Doa dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

BIODATA RASULULLAH SAW :
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).·
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN·
 Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN·
 Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

 ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW  
  1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
  2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
  3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
  5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
  6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
  7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
  8. Safiyah bt. Huyay
  9. Zainab bt. Jansyin
  10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
  11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
  12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
  1. Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  2. Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SAUDARA SUSUAN
  1. Halimah Al-Saidiyyah
  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  3.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
  5.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza 
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah
  5. Al-Abbas
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  8.  Abdul Ka ' bah
  9.  Hijl
  10. Dhirar
  11.  Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. Atiqah
  14. Arwa
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam. Sempat masuk Islam, ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.)
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:

  1. Berkata benar (siddiq)
  2. Boleh dipercayai (amanah)
  3. Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  4. Bijaksana (fatanah)
DIANTARA KATA-KATA APRESIASI PARA SAHABAT:
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  •  Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  •  Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  •  Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)





Wednesday, February 9, 2011

Hujung minggu


Baru ada kesempatan ke KL mencari keperluan diri. Bukan penting sangat pun, cuma nak cari shawl untuk pakai sehari-hari. Rasa macam dah lama tak berganti. Emm..ye ke? (sambil pandang Encik suami) ya kan sajalah Encik Suami ;)





Hasil perabih duit kat Jalan Tunku Abdul Rahman dan Arzu.

Salam beradu.

 Bye =)





Tuesday, February 8, 2011

Sungai pelangi

The Cristales Cano adalah sungai Colombia sekitar 100 km panjang dan 20 meter lebar yang terletak di Sierra de la Macarena (kota La Macarena), Colombia Utara. Ini disebut "the river of five colors" atau sungai yang paling indah di dunia. Biasanya, Cristales Cano tidak dapat dibezakan dari sungai lain. Namun keajaiban ini terjadi untuk masa yang singkat setiap tahun iaitu antara musim kemarau yang memasuki musim hujan. Di antara musim inilah alam menciptakan keadaan yang sempurna untuk menghidupkan warna merah, kuning, hijau dan biru.

 
Sungai indah ini mempunyai alga atau ganggang khusus pada bebatuannya hingga dapat mempamerkan warna-warna pelangi pada waktu puncak musim kemarau. 

Waktu air surut sinar matahari  boleh menembusi air dan menampakkan alga lebih berwarna warni. Pada musim hujan, arus tersebut menjauhkan sinar matahari dari dasar sungai yang dalam hingga alga yang tumbuh di dasar sungai ini tidak dapat bersinar bahkan tenggelam.

Di musim kemarau air menjadi cetek hingga alga tidak mendapat air yang cukup, kerana itu  membuat warnanya redup.

Tempat ekzotik ini hanya boleh sampai dengan menunggan kuda. Hanya beberapa travel agency yang menawarkan perjalanan ke lokasi, itupun hanya setahun sekali.


Sumber google



Sunday, February 6, 2011

Barney's

Bukan! Bukan kartun naga gemuk warna purple tu, tapi salah satu restoran kegemaran-setiap-masa kami sekeluarga. Setiap kali balik Kluang tak pernah lepas makan di sini. Persekitaran bagus, Layanan bagus, paling best! makanan syeeeedap!

Banyak pilihan, kebanyakannya makanan barat. Saya tak pasti nasi goreng dan makanan tempatan lain masih ada di dalam menu atau tidak. Kalau masih ada, nasi goreng seafood paling best! Dah lama saya dan anak-anak tak memesan makanan tempatan. Setiap kali datang mesti makanan barat jadi pilihan. Jadi, Setiap kali terasa nak western food, harus teringat Barney's ;p

Harga makanan juga berpatutan. Pada kawan-kawan yang ada di sekitar Kluang, balik ke Kluang, lalu di Kluang atau singgah di Kluang, cubalah Barney's. Saja-saja nak ke Kluang makan di Barney's pun boleh juga. Kalau ikut selera saya memang tak pernah mengecewakan.

Tisu Barney's ;p

Dekorasi

Menu

Apple Dragon & Dragon Pineapple superb! kena cuba.

Cak! dak tecik tomey niii! *cium*

Milo Volcano.

Makan milo

chicken chop.
Di mana-mana boleh dapat, rasa pun hampir sama di semua tempat.

Salmon honey and mustard grilled - recommended

 Spicy garlic seafood spagetti - recommended

Smoked salmon spagetti
Pertama kali cuba, Kakak Sarah kata sedap.



 Licin!

Kenyang perut suka hati.
Peace =)

Sebelum balik sempat lagi tapau Salmon honey mustard grilled dan chicken and mushroom lasagna. Dah kenyang puas hati sampai lupa nak save koordinat, Sorry ;p

Jangan marah, jangan susah hati, nanti saya kemaskini ya =)

Alamat :-
5 & 6 Jalan Yayasan, Kluang, Johor.
Tel : 07-774 4992

Penilaian :-
Suasana : 7/10 (1-4 murah, 5-7 Purata, 8-10 mewah)
Pilihan makanan : 8/10 (1-4 terhad, 5-7 purata, 8-10 banyak pilihan)
Rasa : 8/10 (1-4 hambar, 5-7 purata , 8-10 sangat sedap)
Harga : 7/10 (1-4 murah, 5-7 purata, 8-10 mahal)
Perkhidmatan : 7/10 (1-4 buruk, 5-7 purata, 8-10 sangat baik)