Monday, January 31, 2011

Terang gelap mataku



Sebelum balik kampung sempat lagi lari ke Ariani
Niat di hati nak cari warna merah, tapi hati berkenan juga dengan warna biru ;)

Saturday, January 29, 2011

oOOo! balik kampung!

Weeha! Hari ini mahu pulang ke tanah kelahiran.

(image googled)
Jom! balik ramai-ramai =)



Friday, January 28, 2011

Busy body





Mohd Yusri Mahadi cuti, tapi buzy.
Mood : Cuti dan moody dan malas mandi -_-









Thursday, January 27, 2011

Selamat Hari Lahir

Lawaklah dia orang ni..haha..Apapun selamat hari lahir buat Saifful dan Kamalul. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.




Thursday, January 20, 2011

Thursday, January 13, 2011

Saya tak cantik, tapi punya hati tercantik

Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidah bernilai walau sedebu pun sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.

KUALITI hati menentukan kualiti amalan, KUANTITI amalan menentukan kualiti hati, jagalah hati.

Kata Imam Ghazali : "Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru..."

Subhanallah, Maha suci Allah.

-Solusi-

Tuesday, January 11, 2011

Langit tak sentiasa cerah

Hidup tak selalunya indah, cekal, sabar dan tabahlah. Akan sentiasa mendoakan yang baik-baik saja buat kamu. Setiap keburukan dan kesedihan ada pengajaran, setiap kesulitan dan kepayahan itu ujian. Jadikannya iktibar dan petunjuk ke jalan yang lebih baik. Mengadu, merintih dan mintalah pada yang Satu. Hanya Dia yang maha mendengar lagi maha tahu.

Redha dan maafkanlah. Tanpa sedar salah dan silap juga datangnya dari kita. Takziah atas apa yang berlaku. Semoga perpisahan itu, hikmah permulaan untuk hidup yang baru.

Monday, January 10, 2011

Zahir tak terucap

Hurt oleh Christina Aguilera. Sentiasa menjadi lagu kesukaan saya. Kenapa? Dengar dan buatlah interpretasi sendiri.


Selamat malam sayang, selamat malam teman, Selamat malam semua.

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were, but I walked away
If only I knew what I know today

Ooh, ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes

There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there

Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broken inside but I won't admit
Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this, oooh

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back

Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, ohh

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away
Ooh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you


Sunday, January 9, 2011

Haven @ Look Out Point Dot Com

Beberapa minggu lepas, saya menonton satu rancangan yang menyiarkan slot menjamu selera di restoran HAVEN Galeri, iaitu gabungan galeri lukisan dan restoran yang terletak di Menara Tinjau Ampang. Cara penyampai yang overrated membuatkan saya terasa nak mencuba makanan di sana ;p

Jadi semalam saya bersama Encik Suami dan anak-anak mengambil peluang makan malam di sana. Suasana di sana damai menyenangkan. Walaupun hari semakin malam, semakin ramai pengunjung. Boleh kata semua meja dibahagian tepi, menampakkan keindahan Kuala Lumpur habis ditempah.

Restoran Haven terbahagi kepada dua ;

 Haven's Galery

Gabungan restoran dan galeri lukisan.


Pandangan Haven's Galery dari tingkat bawah, ramai orang.


Restoran Haven, terletak bersebelahan  Haven's Galery. Pandangan di tingkat atas.

 Dekorasi tingkat bawah, di sini kami duduk.


Udara di atas puncak tidaklah sejuk, biasa saja. Menariknya ialah pemandangan malam bumi Kuala Lumpur, cantik penuh cahaya.

Memang indah.

Maryam membaca menu, banyaknya! tak tau nak makan apa.

Pertama kali, saya terasa nak mencuba nasi goreng mangga. Saya fikir Nasi goreng bersama mangga muda (waktu buat pesanan sudah terbayang rasa masin nasi goreng, masam, manis dan ranggup mangga), rupanya mangga yang sudah masak ranum dan tawar pula. Saya hanya makan sedikit sahaja, tak boleh nak telan bila ada sesuatu lembik dan berlendir didalam hidangan saya. Terasa seperti makan nasi goreng basi ;p

Dengan kos RM10, saya rasa tidak berbaloi dengan hidangan. Selain tawar (tidak mengikut piawaian selera saya) Tiada udang, sotong, ayam atau daging, hanya nasi dan mangga semata. Dihidang bersama keropok ikan dan acar timun.

Hidangan yang sihat untuk Maryam, Saya terlupa nama. Asasnya roti pita digulung bersama ayam yang dibakar, dihidang dengan kentang goreng dan salad.

 Nasi beriyani kambing pilihan Encik Suami. Di sini dihidang bersama salad menggantikan acar.

 Nasi lemak rendang ayam Kakak Sarah.

Kueh teow goreng, selera Naufal. Hidangan terbaik malam itu. Tapi tetap tak boleh pukul kueh teow goreng ditempat lain. Maaf!

Pencuci mulut, puding roti manis-sungguh bersama aiskrim vanilla .

 Kakak Sarah :  Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Naufal : Jemput makan semua.

Maryam, nyum! nyum!

         Nasi goreng mangga yang tidak-sampai-separuh dimakan.

Setelah perut tidak-berapa-terisi. Mengisi masa dengan melayan anak-anak.
 sementara menunggu Encik Suami sibuk dengan kamera ;p


Saya katakan makanan sangat mahal. Tak selari harga, hidangan dan rasa. Jauh dari harapan =(

Penilaian :-
Suasana : 7/10 (1-4 murah,  5-7 Purata, 8-10 mewah)
Pilihan makanan : 8/10 (1-4 terhad, 5-7 purata, 8-10 banyak pilihan)
Rasa : 4/10 (1-4 hambar, 5-7 purata , 8-10 sangat sedap)
Harga : 8/10 (1-4 murah, 5-7 purata, 8-10 mahal)
Perkhidmatan : 7/10 (1-4 buruk, 5-7 purata, 8-10 sangat baik)




iPhone vs batu


Yang tetap keras batu! iPhone dah tentu pecah retak seribu, huk! huk! Ni kerja anak lelaki seorang lah. Saya sibuk dengan Maryam, dia curi-curi main game. Baru Encik Suami habis kata, " Fal, Jangan main telefon ibu tu, nanti jatuh." pranggggggg! macam nak terkeluar biji mata saya, gerammmm!

Adik,
Ibu dah larang adik pegang tanpa-sebab iPhone ibu kan? Banyak sebab ibu tak benarkan adik pegang telefon ibu. Bukan ibu kudakut, tapi salah satunya sebab ini. Pecah susah nak dapat ganti.


Sedih, boleh sampai termimpi-mimpi. Encik Suami, boleh tak minta ganti? (woops! tersasul pula)





Saturday, January 8, 2011

Ada apa dengan Jumaat?

Semalam hari yang sibuk, penuh emosi dan teka teki. Terasa waktu lambat berlalu, panjang pula hari. Dugaan buat saya.

Nak dijadikan cerita, pagi semalam sebaik alarm telefon Encik Suami berbunyi saya terus bangun kemudian bangunkan pula Kakak Sarah dan Naufal untuk bersiap ke sekolah. Anak-anak seperti biasalah ambil masa dan terpisat-pisat bangun. Selepas itu saya turun ke dapur jerang air untuk sarapan pagi. Selalunya air dan bekal ala kadar saja saya sediakan, anak-anak lebih suka bersarapan roti bersama butter atau cereal.


Saya naik semula ke atas untuk pastikan anak-anak sudah lengkap bersiap. Kakak sarah hanya tinggal sarung baju saja, sementara tunggu Naufal mandi saya buka iPad. Saya terpandang waktu di hujung atas kanan iPad, rupanya masih pukul 4.30 pagi! Patutlah tak dengar bunyi alarm saya. Biasanya alarm saya yang berbunyi dulu, 5.15 pagi kemudian 5.30 pagi barulah alarm Encik suami. Saya bangunkan pula Encik Suami, bertanya kenapa set alarm sangat awal. Rupanya alarm itu untuk dia bangun sudahkan beberapa kerja. Dia tak bangun, saya dan anak-anak yang terjaga ;p, Kasihan anak-anak. Terpaksalah  mereka bersiap juga.  Kalau tidak nak buat apa pula kan? Tidak mengapalah, dapat  bersiap lebih sempurna dan menikmati sarapan lebih dari biasa.

Sementara menunggu hari siang sedikit sempat juga anak-anak terlelap, saya biarkan saja. Lebih kurang pukul 6.15 pagi baru saya bangun mereka bersarapan. Anak-anak pergi ke sekolah lebih kurang pukul 6.50 pagi. Selamat berjuang untuk masa depan anak-anak =)

Friday, January 7, 2011

Scary telling

Pagi tadi semasa saya baring atas sofa di ruang tamu, sambil asyik mencari-cari nombor telefon seorang teman, saya terdengar suara orang menangis sangat kuat. Oleh kerana saya hanya tinggal berdua dengan Sikecil Maryam. Saya sangkakan dia yang menangis, terus saja saya bangun dan naik ke tingkat atas jenguk ke dalam bilik, dia masih tidur. Biasanya kalau Maryam menangis dalam bilik suaranya sayup-sayup. Kalau suara dari luar rumah pun begitu juga, antara dengar dengan tidak. Tapi suara menangis yang ini lain, saya dengar jelas, mustahil dari luar kalau ianya bergema di setiap ruang rumah. Macam empunya suara berada dekat dengan saya. Perasaan saya dah mula lain sedikit, tapi masih tak mahu ambil tahu.

Saya pun turun semula, saya boleh terfikir bunyi kucing. Kadang-kadang bunyi kucing pun macam orang menangis kan? Kamu pernah dengar tak? jadi saya biarkan saja. Saya sambung berbaring dan belek semula telefon. Suara mendayu-dayu, merayu-rayu. Dalam kepala bertanya-tanya, kalau kucing macam mana boleh masuk dalam rumah? Suara kucing merayu-rayu pernah dengar, tapi kalau mendayu-dayu macam ni, lain macam saja. Kucing boleh mengiau kuat macam ni ke? Macam-macam lagi soalan lain timbul.

Dari baring saya duduk tak senang hati. Saya cari arah datangnya suara, jelas sangat dari dapur. Bila saya dengar betul-betul. Saya kenal sangat suara tu, suara Kakak Sarah! tapi Kakak Sarah tak pernah menangis sekuat ini, lagi pun Kakak Sarah tak ada di rumah, Kakak Sarah sekolah! suara siapa pula tu? Saya mula rasa takut.

Dalam takut-takut saya nak tahu juga suara siapa yang saya dengar. Saya pun berjalan perlahan ke dapur, Semakin dekat semakin jelas. Memang suara itu dari dapur. Saya terhendap-hendap ke dapur, gelap! cepat saja tangan saya buka lampu tapi serta merta suara tangisan itu hilang. Saya pula yang rasa nak menangis.Ya Allah, takutnya saya! baru teringat hari ini Jumaat. Rasa kering darah, terhenti jantung. 

Saya terus berlari ke ruang tamu telefon Encik Suami. Tak berangkat pula,  SMS pun tak berjawab( Sarapan hari ni istimewa kan ;p). Masa itu juga saya menangis..di ulang..saya menangis (malu sebenarnya nak tulis..heee) sepenuh hati. Encik suami gagal dihubungi saya telefon pula teman baik saya. Hilang sedikit rasa takut, terima kasih Sue. Tiba-tiba saya terfikir kalau tangisan itu petanda sesuatu berlaku pada Kakak Sarah. Makin galak pula saya menangis (alahai sang ibu) Cari pula nombor telefon sekolah, saya kelam kabut dengan mata yang kelabu sampai tersilap hantar SMS pada Saifful "Tolong call sekolah, tanya kakak ok tak..risaulah", terkejut dia,  kalau isteri dia yang baca mesti lagi terkejut ;p

Alhamdulillah Kakak Sarah baik-baik saja. Tapi saya tak pasti suara apa yang saya dengar menyerupai suara tangisan Kakak Sarah, hantu kah? gerunnya! Jauhkanlah. Nauzubillah minzalik!

Pelekat 18SX

Daddy : Adik, tolong picit jerawat kat belakang daddy ni..sakitlah..

Naufal : Kat mana daddy?

Daddy : Kat situ..(sambil tangan tunjuk kebelakang)

Naufal : Kat mana daddy..sticker ni ke? banyaknya sticker kat badan daddy...

Ibu & daddy : Hah? Mana sticker dik?

Naufal : Ni..ni..ni...

Aduhai..Naufal oh! Naufal...hahahaha. Sticker yang dimaksudkan ialah,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

(Image googled)
 tahi lalat.

Thursday, January 6, 2011

Warung Paksu Juru

6Masa kami ke Penang hujung tahun lepas, sempat singgah makan mee ketam di Warung Paksu di Juru. Sebelum itu saya banyak baca review tentang Warung Paksu di blog kawan-kawan, kebanyakannya  recommend makan di sana! So, alang-alang dah sampai Penang, kami pun nak cuba ;) 












Sampai saja, saya order ketam masak sweet sour, mee ketam untuk saya dan Encik Suami, mee bandung untuk Kakak Sarah dan Naufal, dan nasi goreng kosong untuk Maryam. Bila ketam terhidang, memang penuh sepinggan melimpah! Wallah! Harga berpatutan, berpadanan dengan apa yang kami makan =)

Disebabkan takut terliur, sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kami singgah lagi untuk cuba menu yang lain pula tapi ketam sweet sour tetap ada.

Siapa yang menuju ke Penang bolehlah cuba Warung Paksu. Selepas tol juru, keluar ke juru. Trafic light amik kiri ke juru auto city, lepas itu akan jumpa trafic light lagi, ambil kiri juga. Terus lagi dan akan jumpa trafic light di simpang empat, ambil simpang ke kanan. Kemudian terus saja sampai ke simpang tiga,belok kanan. Tak jauh dari simpang akan jumpa Warung Paksu di sebelah kiri. Selamat mencuba =)

Alamat : 385, MK 12, Bagan Nyior Juru 14000 Bukit Mertajam.
Waktu operasi: Ahad hingga Isnan 12.30pm-10.00pm; Jumaat 11:30am – 10:00pm; Khamis tutup
Tel No : 012-409 0771, 012-493 5771
GPS koordinat : N05″ 19.609′, E100″ 24.886′












Wednesday, January 5, 2011

Datang bertandang - Versi kolam renang

Hari ni nak share gambar di kolam renang pula. Kolan renang juga daripada air bukit , sejuk saja. Tengoklah gambar-gambar aktiviti kami dan kawan-kawan sekeluarga.

 Nak bersiap tukar pakaian mandi.

 Kakak Sarah & Maryam
Terlupa bawa baju mandi untuk Maryam =/

Bersihnya air.

 Fareez dan ibu.

Seronok main air.

Qistina, anak tuan tanah.

Aidil & Kakak.
Kakak mula-mula tak mau, malu ;p

 Diskusi "ilmu".

Kenyang perut, sambung tidur lagi.

Bakal isteri mithali.

Maryam conquer pelampung Fareez, Kasihan Fareez.

Farhan, Maryam & Kakak Sarah.

Keretapi air.

Kasihan dua orang kat belakang ni. Tumpang pelampung takut tenggelam.

Anak-anak kami.

Fareez tak tinggal botol. Lama duduk dalam air, dahaga ya?

Maryam menjerit takut.

Manjanya, Kami dah macam keluarga.

Maryam tak mau duduk dalam air.

Berjalan dalam air.

Turn daddy pula jaga Maryam,

Ibu ber-gossip ;p

Bapa-bapa cemerlang.

Ngantuk ya anak ibu?

Sudah! sudah!

Kita minum dulu.

Sedapnya buah kuini tu!

Sejuk ya Daddy?

Macam mangsa kapal karam ;p

Stunt

Weeee!!

 Dari pagi bawa ke petang. Cukuplah!

Kakak Sarah : Esok Kakak besar nak jugalah ada kolam ikan.
Farhan : Ada duit ke nak buat?

Tiga sekawan.

Sahabat terbaik dari ladang ;p

Sudah masa untuk pulang,
Bye.