Sunday, February 28, 2010

Hujung minggu di rumah

Lima hari suami bekerja, saya sibuk di rumah, sibuk juga melayan Maryam dan uruskan anak-anak sekolah. Hari ini kami berehat saja di rumah. Encik Suami ada,  boleh sama-sama cuci rumah yang serupa tongkang pecah. Anak-anak pun boleh siapkan kerja sekolah.  

Tapi macam biasalah anak-anak, bila semua kerja dah selesai, permainan pula yang sama diulang-ulang, cepat rasa bosan terkurung. Asyik beri alasan dan merungut minta dibawa keluar. Masa inilah Kakak Sarah dan Naufal berhujah fakta dan auta. Saya dan Encik suami buat tak dengar. Letih terasa, malasnya saya!

Tak berjaya memujuk, Naufal minta mandi kolam pula. Tak ada alasan nak diberi, apa lagi saya OK saja.


Yeah! berjaya juga keluar, bersemangat menadah air.

Maryam pun tak mahu kalah, mahu juga mandi kolam.

Rupa dua budak happy jumpa air.

Seronoknya Maryam main tepuk-tepuk air.

Apa lagi nak buat?

Banyaknya air,

Rasalah sikit.

Rupa Maryam lepas hirup air..haha..comel!

Tak boleh nak berenang, meniarap dalam air pun jadilah ;p

Telinga masuk air ke sayang?
sukanya Kakak, kalau tak dapat muncung panjang sejengkal.

Chillax!

Dah start dah!!

Bergaduh berebut google. 

Drama airmata, sudahnya dua-dua tak dapat.

Dapat kat Adik semula sebab memang dia punya. Kakak punya mana?

Kalau share lagi bagus!

Macam tu lah anak ibu =)

Berjam Maryam berendam sampai kecut tangan.

Sejuk!

Ok caya dah siap pakai baju!

Sudah bermandi manda, terasa lapar pula. Sebab malas nak masak, minta Encik Suami belanja di luar. Syoknya dinner! *wink*

Thursday, February 25, 2010

8 tahun Naufal

Happy birthday adik! Hari ini, Naufal dengan rasminya lapan tahun.



Awal-awal lagi dia ingatkan saya dan suami tentang hari lahirnya. Minta kami beli hadiah dan jemput kawan-kawan ke rumah, tapi kami tak tunaikan pun permintaannya. Kami raikan sekeluarga saja, bawa dia dinner dan beri sedikit goodies untuk kawan-kawan sekolahnya.


 Birthday boy happy tiup lilin.

 Yeah! Potong kek.

 Birthday boy, daddy & Kakak Sarah.

Kek satu!

Dapat gula-gula je???

 Posing sebelum makan kek.

 Daddy, nanti adik nak kek lagi..

Pak Cu, relax makan kek.

Kakak sarah dah kenyang!

[naufalbirthday1.png]
Last-minute-goodie-bags untuk kawan-kawan.

Saya dan suami rancang nak sambut hari lahirnya bersama Maryam nanti. Sikecil-sepuluh-bulan ini pun tak lama saja lagi akan menginjak ke setahun. birthday yang hampir-hampir, saya fikir elok satukan saja majlis untuk dua buah hati saya ini, mungkin kenduri kecil-kecilan. Asalkan dapat berkumpul dengan saudara-mara dan rakan-rakan.

Ramai dapat berkumpul, lebih seronok, lebih meriah, lebih banyak cerita, lebih banyak gossip..hehe..yang paling penting lebih erat ukhuwah dan silatulrahim.


Bawa birthday boy keluar makan. Makanlah apa saja, daddy belanja =)


Bila makanan tiba, Berselera semua. Untuk Maryam pun ada, semangkuk bubur nasi 'besar punya'. Mari makan..


Bila perut dah kenyang. Oits! Maryam lapar lagi ke? nak lapah meja..




Mari nyanyi ramai-ramai untuk Naufal.
Naufal : Baca doa selamatlah ibu.
Ibu :Okey....................................Amin!

Tuesday, February 23, 2010

Di bawah pengaruh ubat

Hampir seminggu saya tak mengemas blog. Saya dan anak-anak silih berganti demam panas, selsema dan batuk. Naufal hampir seminggu tak ke sekolah, kemudian Kakak Sarah. Layu saja anak-anak bila demam. Kasihan!

Sebaik saja Naufal dan Kakak Sarah sihat, saya dan sikecil Maryam pula demam pada waktu yang sama. Nasib baik suami ada dan cuti pula, dia yang menjaga anak-anak, termasuk Maryam yang demam dan mengambil alih tugas di rumah. Bahkan kami tak ke mana-mana cuti tahun baru cina yang lalu. Kakak Sarah dan Naufal berkurung saja di rumah. Saya tak berdaya nak bergerak, tekak sakit, hidung tersumbat, kepala pula berat teramat.

Saya dah terlalu lama tak demam, sejak umur saya 16 tahun dan sekarang saya awal 30-an. Boleh tahan kuat antibodi saya kan? Mungkin seiring dengan usia yang semakin meningkat, penyakit-penyakit ringan mudah saja hinggap. Alhamdulillah, saya dan anak-anak dah sembuh dari demam, cuma batuk anak-anak masih bersisa.


Muka budak sakit dengan hingus meleleh, tapi tetap cute.

Seminggu demam, suhu badan Maryam tak juga turun, dengan batuk dan selsema yang teruk, dia asyik merengek tak selesa. Dua kali ke klinik, tapi masih juga sama. Saya dan suami ambil keputusan bawa Maryam ke hospital. Doktor sarankan supaya maryam dimasukkan ke wad untuk di pantau keadaannya. Jadi, menghunilah kami di SunMed selama dua hari (18-20 Feb 2010).


Di emergency room, selepas ambil darah dan menunggu ward untuk Maryam.


Inilah "hotel" Maryam menginap selama dua hari. Kasihan buah hati saya bercucuk-cucuk tangan =(


Selain pacifier, jarum drip pun Maryam suka nak hisap.


"Yeah! saya dah sembuh, saya dah boleh senyum dan berselera makan."


"Masa untuk pulang! saya wiiiindu katil saya kat rumah."




p/s : Maaf, gambar kurang memuaskan.

Saturday, February 13, 2010

Cantik ! Terima kasih

Beberapa hari lalu Kakak Sarah dan Naufal beritahu saya kalau mereka nak berikan saya sesuatu sempena ulangtahun perkahwinan dan hari ibu. Saya tanya nak beri apa, Kakak Sarah kata suprise, tapi Naufal awal-awal dah bagitau. Sangatlah tidak boleh simpan rahsia =)

Hari ini balik dari sekolah, Kakak Sarah hulurkan saya sesuatu.


Pink brooch untuk saya, advanced pressie untuk hari ibu. Beli di sekolah daripada salah seorang gurunya. Saya tersentuh!


Kad ucapan juga saya dapat lebih awal. She such a sweetheart!


Isi kandungan kad ucapan daripada lirik lagu spicegirl, mama. Saya tidak ada idea dari mana Kakak Sarah tahu lagu ini dan tak pula saya bertanya.


Naufal : Ala! kakak dah beli dah hadiah. Adik tengok takde pun cikgu jual brooch.(muka kecewa habis)
Ibu : Takpe lah, share dengan kakak. Tanya kakak berapa harganya, nanti adik bayarlah separuh kat kakak.
Naufal : Ala! adik nak beli sendiri. Adik ada duit, adik ambil dari tabung.
Ibu : Share-lah. Simpan duit, adik kata nak beli P**.
Naufal : (garu kepala)

Friday, February 12, 2010

Hikayat Si Naufal

Kisah Naufal lagi! dia memang seorang budak lelaki yang banyak kisahnya =)

Hari ni bawa beg sekolah agama pergi sekolah kebangsaan. Sibuk-sibuk nak ke sekolah, sibuk lagi dia main. Leka betul! Nasib baik ibu dia perasan, kalau tidak belajar tanpa buku.

Hantar Naufal ke sekolah dan ambil Kakak Sarah adalah rutin saya. Macam biasa bila hantar Naufal perlu tunggu sampai hilang bayang. Sambil melambai-lambai, perhatikan dia juga. Hari ini terasa ada yang tak kena bila terpandang beg yang dia sandang lain dari biasa. Cepat-cepat saya panggil, terkejut dia bila salah beg, kelat saja muka datang ke saya. Takut kena marahlah tu. Nasib baik hari jumaat, kaum bapa pergi solat jumaat, tidaklah jalan jammed. Berkejar balik tukar beg.



"Adik tak sengaja lah ibu..."