Tuesday, February 2, 2010

Bertindik

Banyak rancangan sempena cuti hari wilayah, bayar yuran sekolah anak-anak, shopping barang dapur dan bawa maryam tindik telinga. Lama tertangguh.

Dulu kakak Sarah bidan tindik, guna jarum saja. First anting-anting dia benang berikat kunyit, comel! Merasa juga cara kampung, mak-mak kita, mungkin kita-kita bertindik =)

Bercadang bawa maryam ke klinik, tapi tak ada pula khidmat bertindik. Kami bawa saja Maryam ke kedai emas, kurang 5 minit dah pun selesai.



Tadaa! inilah hasilnya =D

Untuk anak-anak kecil pastikan kedua-dua telinga ditindik serentak. Bimbang kalau buat sebelah dahulu, sebelah lagi dia tak mahu.

Adalah sangat penting bertindik dengan orang yang tahu bagaimana melakukannya dengan betul dan peralatan yang bersih.


(image googled)

Kalau boleh gunakan single-use-piercing-gun, lepas guna terus buang. Itu lebih baik daripada menggunakan "pistol" yang sama pada orang lain.


Plain ball studs (images googled)

Biasanya anting-anting jenis ini yang akan digunakan untuk buat lubang di telinga.

p/s: Setengah pendapat mengatakan anting-anting emas kurang menyebabkan bengkak atau jangkitan, berbanding logam lain yang boleh menyebabkan alergi, tidak?

No comments: