Friday, February 5, 2010

Pengantin 10 tahun

Hari ini hari apa? hari ini hari jumaat, hari yang penuh rahmat. Hari ini juga hari yang istimewa, hari ini ulangtahun perkahwinan saya =D.



Dia lelaki pendamping saya selama 10 tahun ini:

Dia yang rendah hatinya,
Tinggi daya usahanya,
Lembut tutur katanya,
Baik perlakuannya,
Melimpah ruah kasih dan sayangnya.

Dia tidak kelakar,
Dia terlalu penyabar,
Inilah lelaki hebat
tempat saya bersandar.

Selamat Ulangtahun buat suami, Mohd Yusri Mahadi.

No comments: