Wednesday, November 3, 2010

Satu lagi hari istimewa

Hari ini hari lahir Kakak Sarah yang ke-10. Disebabkan jatuh pada hari sekolah, kami celebrate saja di rumah, simple dan meriah. Kebetulan mak dan abah ada, tahulah sajalah mak saya, dia seorang tapi riuh macam sepuluh orang ;p

Saya tak sempat sediakan apa-apa sebab petang hantar abah operation mata. Operation yang sepatutnya pukul 2 petang tertunda hampir 2 jam, doctor ada kecemasan. Kelam-kabut, agak terlewat ambil Naufal dari sekolah. Tahu sajalah federal highway waktu petang, sesak! Tapi, Alhamdulillah semua selamat =)

Sebenarnya hampir-hampir terlupa juga, nasib baik Naufal rajin mengingatkan. Tak mahu menghampakan Kakak sarah, berlari Encik Suami ke kedai kek berdekatan. Fuh! sempat juga ;)

Kek tomey untuk Kakak Sarah, Happy birthday darling =)
Semoga hari yang akan datang menjadikan Kakak Sarah lebih baik dari semalam dan harapan ibu tetap sama seperti 9 tahun yang sudah.

Mamai-mamai nak kena tiup candle.

Semua muka mamai..haha..kesian!

Lagu wajib : "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Kakak Sarah, Allah selamatkan kamu!"

Ok! muka dah segar, boleh makan kek!

1,2,3 potongggg....


Eh! Maryam pula yang nak potong ;p

Nah, rasa sikit!

Kakak Sarah potong kek. Belakang tu mak saya.

yumm! Syedapnya kek ni ;p

 Air ni pun syedap ;p

Orang mengantuk, disorong kek? Tak jalan ;p 



Sekian,
Wassalam.



No comments: