Tuesday, December 14, 2010

Pulau Pangkor (Hari-1)

Kami belum pernah lagi sampai di Pulau Pangkor. Bila Encik Suami mengajak saya ok  saja. Kami pergi berkumpulan bersama-sama officemate Encik Suami. Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 8 pagi, berkumpul di RNR Rawang, singgah di kenduri kahwin di Bota dan terus ke Pulau Pangkor. Perjalanan yang panjang dan memenatkan!

Terminal feri Lumut

Bergambar sebelum menaiki feri.

Tomey!! Anak dan bapa kangaroo ;p

Wajah gembira Kakak Sarah.

Departure time!

Dalam feri. Walaupun tak sihat Maryam happy juga =)



Di atas deck.

yeay! kita dah sampai ;)
Kami tiba sekitar jam 6 petang.

Kami menaiki kenderaan bewarna pink ini menuju ke hotel.

Menunggu untuk check in.

Oleh kerana kami sampai lewat petang, badan pun letih. Kami terus naik ke bilik, mandi, berehat dan tak ke mana-mana. Lebih kurang jam 8 malam kami turun semula untuk makan malam.

Kakak Sarah yang cantik.

Posing sementara menunggu yang lain.

Kami tanpa Naufal =(

Makan malam berjemaah.
Makan malam hanya di sebelah hotel penginapan. Inilah sebahagian daripada kami, sebahagian lain tak ada meja nak duduk. Mungkin jarang dikunjungi orang sebegitu ramai, jadi empunya kedai menyediakan meja seadanya. Melihat orang sangat ramai dan mereka menunggu lama untuk hidangan, kami bernasib baik, order makanan seawal kami tiba. Kalau tidak terus berkeroncong perut kami.

Dah kenyang perut, kami ambil angin di tepi pantai. Gambar gelap tak nampak apa ;p

Maryam merengek-rengek tak sihat dan letih. Kami tak join rakan yang lain berjalan di persisir pantai. Kami naik ke bilik dan tidur. Simpan tenaga untuk hari ke-2 pula ;p


No comments: