Saturday, January 8, 2011

Ada apa dengan Jumaat?

Semalam hari yang sibuk, penuh emosi dan teka teki. Terasa waktu lambat berlalu, panjang pula hari. Dugaan buat saya.

Nak dijadikan cerita, pagi semalam sebaik alarm telefon Encik Suami berbunyi saya terus bangun kemudian bangunkan pula Kakak Sarah dan Naufal untuk bersiap ke sekolah. Anak-anak seperti biasalah ambil masa dan terpisat-pisat bangun. Selepas itu saya turun ke dapur jerang air untuk sarapan pagi. Selalunya air dan bekal ala kadar saja saya sediakan, anak-anak lebih suka bersarapan roti bersama butter atau cereal.


Saya naik semula ke atas untuk pastikan anak-anak sudah lengkap bersiap. Kakak sarah hanya tinggal sarung baju saja, sementara tunggu Naufal mandi saya buka iPad. Saya terpandang waktu di hujung atas kanan iPad, rupanya masih pukul 4.30 pagi! Patutlah tak dengar bunyi alarm saya. Biasanya alarm saya yang berbunyi dulu, 5.15 pagi kemudian 5.30 pagi barulah alarm Encik suami. Saya bangunkan pula Encik Suami, bertanya kenapa set alarm sangat awal. Rupanya alarm itu untuk dia bangun sudahkan beberapa kerja. Dia tak bangun, saya dan anak-anak yang terjaga ;p, Kasihan anak-anak. Terpaksalah  mereka bersiap juga.  Kalau tidak nak buat apa pula kan? Tidak mengapalah, dapat  bersiap lebih sempurna dan menikmati sarapan lebih dari biasa.

Sementara menunggu hari siang sedikit sempat juga anak-anak terlelap, saya biarkan saja. Lebih kurang pukul 6.15 pagi baru saya bangun mereka bersarapan. Anak-anak pergi ke sekolah lebih kurang pukul 6.50 pagi. Selamat berjuang untuk masa depan anak-anak =)

No comments: