Sunday, January 9, 2011

Haven @ Look Out Point Dot Com

Beberapa minggu lepas, saya menonton satu rancangan yang menyiarkan slot menjamu selera di restoran HAVEN Galeri, iaitu gabungan galeri lukisan dan restoran yang terletak di Menara Tinjau Ampang. Cara penyampai yang overrated membuatkan saya terasa nak mencuba makanan di sana ;p

Jadi semalam saya bersama Encik Suami dan anak-anak mengambil peluang makan malam di sana. Suasana di sana damai menyenangkan. Walaupun hari semakin malam, semakin ramai pengunjung. Boleh kata semua meja dibahagian tepi, menampakkan keindahan Kuala Lumpur habis ditempah.

Restoran Haven terbahagi kepada dua ;

 Haven's Galery

Gabungan restoran dan galeri lukisan.


Pandangan Haven's Galery dari tingkat bawah, ramai orang.


Restoran Haven, terletak bersebelahan  Haven's Galery. Pandangan di tingkat atas.

 Dekorasi tingkat bawah, di sini kami duduk.


Udara di atas puncak tidaklah sejuk, biasa saja. Menariknya ialah pemandangan malam bumi Kuala Lumpur, cantik penuh cahaya.

Memang indah.

Maryam membaca menu, banyaknya! tak tau nak makan apa.

Pertama kali, saya terasa nak mencuba nasi goreng mangga. Saya fikir Nasi goreng bersama mangga muda (waktu buat pesanan sudah terbayang rasa masin nasi goreng, masam, manis dan ranggup mangga), rupanya mangga yang sudah masak ranum dan tawar pula. Saya hanya makan sedikit sahaja, tak boleh nak telan bila ada sesuatu lembik dan berlendir didalam hidangan saya. Terasa seperti makan nasi goreng basi ;p

Dengan kos RM10, saya rasa tidak berbaloi dengan hidangan. Selain tawar (tidak mengikut piawaian selera saya) Tiada udang, sotong, ayam atau daging, hanya nasi dan mangga semata. Dihidang bersama keropok ikan dan acar timun.

Hidangan yang sihat untuk Maryam, Saya terlupa nama. Asasnya roti pita digulung bersama ayam yang dibakar, dihidang dengan kentang goreng dan salad.

 Nasi beriyani kambing pilihan Encik Suami. Di sini dihidang bersama salad menggantikan acar.

 Nasi lemak rendang ayam Kakak Sarah.

Kueh teow goreng, selera Naufal. Hidangan terbaik malam itu. Tapi tetap tak boleh pukul kueh teow goreng ditempat lain. Maaf!

Pencuci mulut, puding roti manis-sungguh bersama aiskrim vanilla .

 Kakak Sarah :  Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Naufal : Jemput makan semua.

Maryam, nyum! nyum!

         Nasi goreng mangga yang tidak-sampai-separuh dimakan.

Setelah perut tidak-berapa-terisi. Mengisi masa dengan melayan anak-anak.
 sementara menunggu Encik Suami sibuk dengan kamera ;p


Saya katakan makanan sangat mahal. Tak selari harga, hidangan dan rasa. Jauh dari harapan =(

Penilaian :-
Suasana : 7/10 (1-4 murah,  5-7 Purata, 8-10 mewah)
Pilihan makanan : 8/10 (1-4 terhad, 5-7 purata, 8-10 banyak pilihan)
Rasa : 4/10 (1-4 hambar, 5-7 purata , 8-10 sangat sedap)
Harga : 8/10 (1-4 murah, 5-7 purata, 8-10 mahal)
Perkhidmatan : 7/10 (1-4 buruk, 5-7 purata, 8-10 sangat baik)




No comments: