Thursday, January 6, 2011

Warung Paksu Juru

6Masa kami ke Penang hujung tahun lepas, sempat singgah makan mee ketam di Warung Paksu di Juru. Sebelum itu saya banyak baca review tentang Warung Paksu di blog kawan-kawan, kebanyakannya  recommend makan di sana! So, alang-alang dah sampai Penang, kami pun nak cuba ;) 












Sampai saja, saya order ketam masak sweet sour, mee ketam untuk saya dan Encik Suami, mee bandung untuk Kakak Sarah dan Naufal, dan nasi goreng kosong untuk Maryam. Bila ketam terhidang, memang penuh sepinggan melimpah! Wallah! Harga berpatutan, berpadanan dengan apa yang kami makan =)

Disebabkan takut terliur, sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kami singgah lagi untuk cuba menu yang lain pula tapi ketam sweet sour tetap ada.

Siapa yang menuju ke Penang bolehlah cuba Warung Paksu. Selepas tol juru, keluar ke juru. Trafic light amik kiri ke juru auto city, lepas itu akan jumpa trafic light lagi, ambil kiri juga. Terus lagi dan akan jumpa trafic light di simpang empat, ambil simpang ke kanan. Kemudian terus saja sampai ke simpang tiga,belok kanan. Tak jauh dari simpang akan jumpa Warung Paksu di sebelah kiri. Selamat mencuba =)

Alamat : 385, MK 12, Bagan Nyior Juru 14000 Bukit Mertajam.
Waktu operasi: Ahad hingga Isnan 12.30pm-10.00pm; Jumaat 11:30am – 10:00pm; Khamis tutup
Tel No : 012-409 0771, 012-493 5771
GPS koordinat : N05″ 19.609′, E100″ 24.886′












No comments: