Wednesday, February 16, 2011

Orang asing, suasana asing

Hari ini buat pertama kalinya saya berpisah jasad dengan Maryam. Hari pertama Maryam di tempat yang begitu asing tanpa ditemani saya, yang ada hanya orang-orang asing yang tak pernah dikenali. Mungkin untuk hari pertama, tempat ini agak menakutkannya. 


Inilah tempat itu, sebuah nursery Al-Khawarizmi. Dari luar nampak macam rumah biasa, tak proper  (baru berpindah, kerana bangunan lama dibahagian tepi sudah dijual)  tapi di dalamnya dipenuhi kanak-kanak comel dan Maryam adalah penghuni baru. Untuk pengetahuan, Kakak Sarah dan Naufal juga pernah menghuni di nursery ini beberapa tahun yang lalu. Nanny sudah bertukar ganti, harapan keadaan, persekitaran dan jagaan tetap sama seperti dulu.

Seminggu sebelum itu, setiap hari asyik berbual dengan Maryam topik tentang sekolah, taska, nursery, cikgu dan kawan-kawan. Biar dia tak terlalu terkejut bila dihantar ke sini. Bila ditanya nak ke sekolah atau tidak, Maryam menjawab "nak"

Kami dah sampai.
Di hadapan nursery, waktu ini tak tahu lagi diri tu nak kena tinggal ;p
Perasaan saya pula ketika ini bimbang, kasihan, sedih, sebak, sayu bercampur baur. Macam-macam saya fikirkan. Sebenarnya saya tak sampai hati nak tinggalkan dia di sini =(

Peace daddy!

Saya dan Encik Suami hantar Maryam lebih kurang pukul 2.30 petang dan plan ambil semula satu jam kemudian (ikut waktu nursery sepatutnya 12 tengah hari hingga 7 petang). Saya serahkan Maryam pada Cikgu Alin, dia dah mula menangis. Kami tak dibenarkan menunggu. Sebaik pintu rumah di tutup, semakin kuat dia menangis, semakin sebak hati saya. Kami tunggu beberapa minit di dalam kereta. Tak tertahan hati mendengar jeritan Maryam saya minta Encik Suami beredar.

Saya telefon Cikgu Alin setengah jam kemudian dari pejabat pos (saya renew license), tak bercakap lama sebab dari jeritan Maryam saya dah tahu keadaan di sana. Selesai urusan kami terus ke nursery. Pukul 4 petang kami sampai dan perhati dari luar. Dia dah berhenti menangis dan sedang makan, tapi bila terpandang saja saya dia terus menangis berguling di lantai, tunjuk protes. kasihan dia!

Cikgu Alin kata selama satu jam di nursery dia berhenti menangis ketika makan dan mandi saja.

Bila saya tanya lagi esok nak ke sekolah atau tidak, jawapannya tetap "nak".

Kita tengok pula esok macam mana =)






1 comment:

Anonymous said...

Kesian maryam.. be a good gurll ok.