Monday, November 4, 2013

Kebaikan dan kelebihan perniagaan online.


Assalammualaikum,

Sudah  menjadi satu trend dan memang  menjadi pilihan utama usahawan-usawan sekarang menjalankan perniagaan secara online, ini termasuklah Fiza. Banyak kelebihan perniagaan online berbanding dengan perniagaan konvensional. Jadi hari ini Fiza nak share kebaikan dan kelebihan perniagaan secara online yang memang berguna untuk semua.

1) Kos yang murah.
Modal permulaan yang lebih rendah berbanding perniagaan secara konvensional. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM100. Berbeza dengan perniagaan conventional, anda mungkin perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya RM3,000 walaupun untuk memulakan perniagaan  menjual burger. Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja, kerana anda boleh melakukan semuanya sendiri.

2) Perniagaan dapat dijalankan 24 jam.
Perniagaan online anda boleh beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa kos tambahan.


3) Pasaran secara terus.
Secara online, anda boleh mengedar, mengiklan dan menjualnya sendiri produk anda. Keuntungan hanyalah untuk diri anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain. 


4) Kurang risiko.
Kelebihan perniagaan online ini ianya mempunyai risiko yang sangat rendah berbanding perniagaan konvensional. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan medium online lain yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. Berbeza dengan bisnes konvensional modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi. 

5) Kebebasana masa bekerja.
Anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuk dijalankan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.

6) Kebebasan tempat bekerja.
Dengan perniagaan online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan komputer anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.

7) Tidak perlu sewa pejabat atau kedai.
Melalui perniagaan online anda sebenarnya memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.

8) Lesen perniagaan.
anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen perniagaan kerana banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja.

9) Berbagai jenis perniagaan.
Anda tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah perniagaan anda dari masa ke semasa.

10) Interaksi secara terus dengan pelanggan.
Dengan kelebihan perniagaan online yang ada, anda tidak perlu bergerak hanya untuk berjumpa pelanggan. Anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara online sahaja. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi medium online yang banyak tersedia.


11) Peluang perniagaan secara global.
Perniagaan online memungkinkan anda mengembangkan perniagaan anda ke seluruh dunia.  Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang anda jalankan, asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia.

12) Pelanggan tanpa had.
Secara online, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada diseluruh dunia, secara tidak langsung pelanggan anda tiada had. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan perniagaan conventional. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokasi anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.

13) Mewujudkan jaringan perniagaan tanpa had.
Secara online anda boleh mewujudkan jaringan perniagaan anda tanpa had. Anda boleh menghubungkan seberapa banyak jaringan perniagaan anda di seluruh dunia. anda boleh membuka peluang perniagaan anda kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.. Pasaran anda terlalu luas sehingga merentas masa dan sempadan. Anda boleh membentuk komuniti perniagaan anda sendiri tanpa ada kekangan komunikasi, masa dan tempat.


14) Memberi maklumat perniagaan dengan lebih cepat dan lebih baik.
Dengan adanya laman web, anda dapat memberikan maklumat tentang perniagaan dan produk anda dengan lebih baik kepada orang ramai. Anda boleh menambah maklumat anda sentiasa pada bila-bila  dan di mana saja anda berada. Anda dapat menerangkan seberapa banyak mungkin maklumat produk anda secara terperinci.

15)  Peluang pendapatan pasif.
satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana pendapatan pasif anda akan terus menjananya tanpa henti.

Alasan anda tiada modal, tiada masa, tidak pandai berkomunikasi, tidak ada kawan  dan sebagainya  hanya menghalang peluang anda untuk menjana pendapatan yang lebih baik. 
Rebut peluang selagi berpeluang.


Fiza Mahmud
Shaklee Independent Distributor.
016-2253556


No comments: