Tuesday, February 11, 2014

Sakit jantung pembunuh no.1 secara senyap



Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk pengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan menghidap penyakit jantung. Antara penyebab bekalan darah tidak cukup  ke jantung adalah kerana saluran darah menjadi sempit dan tersumbat kerana dinding saluran darah dipenuhi lemak kolesterol.


Penyakit jantung digambarkan rasa kesakitan yang teramat di bahagian dada, menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan boleh menyebabkan kematian.

Kesakitan itu adalah disebabkan lumpuhnya sebahagian otot jantung kerana saluran darah yang tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. 

Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian otot jantung akan rosak. 


Faktor penyebab serangan jantung :

Asap rokok.  
  • Mempercepatkan pembekuan darah.
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
Tekanan Perasaaan.
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantung akan meningkat, tekanan darah juga meningkat.
Darah tinggi.
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit. 
Kencing manis.
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung.

Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan menghadapi serangan jantung koronari.
  1. Jika mempunyai keturunan yang menghidap penyakit jantung.
  2. Berusia 35 tahun yang mempunyai masalah berat badan.
  3. Perokok.
  4. Menghidap tekanan darah tinggi.
  5. Menghidap diabetis.
  6. Menghadapi masalah tekanan.
  7. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan.


No comments: