Wednesday, December 29, 2010

Apa ni?

Sebulan seluruh badan Kakak Sarah bertompok-tompok merah gatal. Sekarang ia naik ke muka pula. Dia jadi malu bila orang pandang-pandang. Jalan tunduk saja bila saya bawa kemana-mana. Nak ambil gambar pun dia tak mahu.

 Trip Pulau Pangkor semakin banyak hingga ke kaki dan tangan.


Pulang dari Pangkor terus ke Klinik Prima. Dr Runika pula kata ia sejenis fungus, dalam masa 3 minggu ia akan hilang dengan sendiri. kami minta injection, tapi tak boleh juga. Katanya tak memberi apa-apa kesan. Kakak Sarah di berikan krim sapu Beprogent dan ubat alahan.

Tompok-tompok dimuka nampak jelas.

Tak sampai 48 jam makan ubat alahan dari doktor Runika. Tompok-tompok naik kemuka dengan banyak. Kami jadi semakin panic! Kami berhenti beri ubat alahan dan berhenti sapu ubat. Saya gantikan krim sapu kepada calamine. Biar sejuk dan kurang rasa gatal di kulit. Dengan calamine Alhamdulillah, tompok dan rasa gatal  berkurang.

Pergi semula berjumpa doktor Runika. Jawapan lain kami terima, mungkin alahan kulit dari bahan kegunaan harian. Dia tak mahu langsung beri injection tapi bersetuju saya gunakan calamine.


Tiga orang doktor kami jumpa dengan tiga pendapat yang berbeza. Kami ambil keputusan bawa pula Kakak Sarah berjumpa dermatologist di Klinik Qistina di seri kembangan. Sebelum ini memang terfikir ke specialist tapi bak kata doktor ia alahan biasa, kami biarkan dulu saja.

Doktor di Qistina kata (maaf saya tak ingat nama) ia jangkitan biasa yang semua orang akan kena.

Alhamdulillah, dengan sekali jap tompok-tompok merah hilang sepenuhnya, tapi yang menyedihkan ia meninggalkan tompok-tompok putih dibahagian muka. Kesan itu mengambil masa agak lama untuk pulih kesediakala. Kakak Sarah dibekalkan steroid untuk 10 hari dan krim sapu untuk badan dan muka.

Kalaulah saya tahu, awal-awal saya bawa Kakak Sarah ke dermatologist.

Kakak,Ibu minta maaf lambat hantar Kakak ke specialist. ibu kesal =(




No comments: