Monday, January 3, 2011

Persekolahan anak-anak 2011

Tahun ini Kakak Sarah bersekolah dalam tahun 5, Naufal pula tahun 3, bezanya Kakak Sarah sesi pagi dan Naufal sesi petang. Sama seperti tahun sudah, jadi  rutin harian saya pada hari persekolahan tetap sama seperti tahun lepas, tak banyak yang berubah. Cuma kena pastikan Maryam tidur pada waktu yang dah saya tetapkan.

Sekolah agama pula saya tukarkan ke sekolah agama bantuan kerajaan sebab mahukan jadual yang lebih teratur, pakaian yang lebih seragam dan  mahu anak-anak belajar bersaing dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Lagi pun kasihan pada anak-anak sudah 5 tahun dengan persekitaran yang sama.

Sekolah persendirian sebelum ini sangat bagus. Anak-anak diajar mengamalkan zikir dan doa-doa. Sangat membanggakan, anak-anak saya boleh bersolat dengan sempurna, menghafaz surah Yassin dan surah-surah pendek dengan baik sekali. Tapi masalahnya sekolah kekurangan pelajar, tahun lepas hanya Kakak Sarah seorang dalam kelas 4 dan belajar seadanya, saya bimbang dengan prestasi pelajaran agamanya tak sebagus yang saya jangkakan. Jadi pertukaran ini sebenarnya adalah untuk membina semangat juang untuk belajar bersungguh-sungguh dan bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam diri anak-anak saya.

Naufal baru nak bersiap. Kakak Sarah kena siap awal sebab masuk pun awal.

Inilah baju rasmi sekolah agama dulu yang wajib dipakai pada hari jumaat, hari Isnin-Khamis boleh pakai baju melayu biasa.

Kakak sarah dengan muka mengantuk.

Rupa orang tak sabar nak jumpa semula kawan-kawan sekolah.
Ibu : Adik, kenapa sikat rambut macam tu? Ibu selalu sikat macam mana?
Naufal : Kalau sikat macam ni hensem sikit..
Ibu : (Selama ni tak lawa ke?...)

Terima kasih kepada ustazah-ustazah dan guru-guru yang telah mengajar anak-anak saya. Jasa Ustazah dan cikgu semua akan tetap saya kenang dan hanya Allah yang mampu membalasnya.





No comments: