Monday, January 3, 2011

Datang bertandang - Part 2


Lepas beri ikan makan, kami pula nak makan..

Hidangan sarapan pagi disediakan oleh ibu, isteri dan kakak-kakak tuan tanah. Kami datang bawa badan saja.
Menu : Mehun goreng, nasi putih, sambal ikan bilis, ubi rebus, ikan masin, kerang rebus, cekodok bawang, sambal kicap, air asam, keropok ikan, Maruku, teh tarik, teh O panas. Apa lagi ya?

Isteri tuan tanah, Jah dan isteri Saifful, Tie sibuk-sibuk sediakan hidangan.
Saya buat apa? Saya datang nak makan saja ;p
Abang Dahlan tu curi-curi makan ya?

Kami lapar, memang berselera. Lebih-lebih lagi makan berjemaah. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Sila-sila ;p

 Keluarga Abang Dahlan

Pengantin Baru Mamak & Mekda.

 Eh! saya pun buat kerja juga tau, ambil gambar ;)
Ha! baru nampak Naufal, tiga orang budak ni sebenarnya dah tak lalu nak makan. Tengoklah, orang lain mengadap meja, cuba teka Kakak Sarah dan Naufal pandang apa?

 Inilah yang paling menyelerakan, ikan talapia bakar. Saya tak makan sangat ikan air tawar sebab kalau tak kena gaya hanyir dan berbau. Tapi yang ini tidak, manis sedap.

 Mula-mula, semua malu-malu..

 Inilah jadinya, bila yang malu tadi jadi tak tau malu ;p

Alhamdulillah, kenyang perut kami dengan rezeki pagi. Memang sedap.
Lepas ni apa lagi? Ada yang nak mandi dan tinjau-tinjau kawasan pula =)

 Kolam-kolam kecil menempatkan anak-anak ikan.
Tuan tanah garu kepala menjawab soalan-soalan dari mereka berdua ni, tak tau dah nak kelentong apa ;p

Kata Encik Suami, Ikan tawaf. Mungkin juga, sebab dia makhluk tuhan macam kita.
Anak-anak ikan terpaksa diasingkan dari kolam besar untuk mengelakkan daripada jadi makanan ibu dan bapa ikan. Betul ke Kamalul?

Pakcik terror ni beri anak ikan makan pula.

 Tengok anak ikan ya Mamak?

 Di kolam inilah tuan tanah menempatkan ikan-ikan induk. Besar-besar semuanya, ada yang sebesar Maryam. 
Yang ni tak nak bakar ke tuan tanah? hehe.

 Dah puas makan ikan, kita tengok lagi kolam ikan.
Damainya suasana.

Kebun ni banyak wakaf-wakaf kecil, ini salah satunya, bersebelahan kolam anak ikan.
Bertirai, boleh tidur dan solat

 Kantin ditengah kebun.
Sebenarnya tempat untuk menjamu selera. Bukanlah kantin, tak ada siapa nak berjual beli pun =)

 Toilet : Ada 6 pintu semuanya.

Wakaf untuk bersolat.

 Tanah jiran sebelah, Dato Yusof Haslam.

 Pekerja import dari Jalan Reko.

                                    Kamalul : Tak apa mamak, biar Saifful buat kerja, kita duduk je..
                                    Mamak : Baik!

 Tuan tanah menurunkan ilmu "bela diri" ;p

 Dua buah chalet disediakan, Chalet Ahmad dan Chalet Rokiah,
 sempena nama kedua orang tua tuan tanah. Romantiknya =)

Kolam keli dihadapan.

 Kolam talapia merah.

 Berbumbung, kolam anak-anak ikan.

 Kolam juga, tapi tak pasti ikan apa.

 Tempat simpanan baja dan makanan ikan.

 Air bukit disalurkan terus ke kolam. Rupanya air bersih dan mengalir rahsianya, patutlah ikan bersih tak berbau.

Kesemuanya ada tiga kolam ikan utama. Air bersih persekitaran pun bersih. Nyaman saja!

Kolam juga, kolam renang. Air pun guna air bukit.
Sejuk dan segar saja rasa.
Inilah yang anak-anak dok pandang sampai hilang selera  ;p

Rasa letih pula, upload gambar pun menunggu berjam lamanya. Nantilah ada masa saya sambung part 3.
Setakat ini dulu ya, Wassalam.

No comments: