Friday, January 7, 2011

Scary telling

Pagi tadi semasa saya baring atas sofa di ruang tamu, sambil asyik mencari-cari nombor telefon seorang teman, saya terdengar suara orang menangis sangat kuat. Oleh kerana saya hanya tinggal berdua dengan Sikecil Maryam. Saya sangkakan dia yang menangis, terus saja saya bangun dan naik ke tingkat atas jenguk ke dalam bilik, dia masih tidur. Biasanya kalau Maryam menangis dalam bilik suaranya sayup-sayup. Kalau suara dari luar rumah pun begitu juga, antara dengar dengan tidak. Tapi suara menangis yang ini lain, saya dengar jelas, mustahil dari luar kalau ianya bergema di setiap ruang rumah. Macam empunya suara berada dekat dengan saya. Perasaan saya dah mula lain sedikit, tapi masih tak mahu ambil tahu.

Saya pun turun semula, saya boleh terfikir bunyi kucing. Kadang-kadang bunyi kucing pun macam orang menangis kan? Kamu pernah dengar tak? jadi saya biarkan saja. Saya sambung berbaring dan belek semula telefon. Suara mendayu-dayu, merayu-rayu. Dalam kepala bertanya-tanya, kalau kucing macam mana boleh masuk dalam rumah? Suara kucing merayu-rayu pernah dengar, tapi kalau mendayu-dayu macam ni, lain macam saja. Kucing boleh mengiau kuat macam ni ke? Macam-macam lagi soalan lain timbul.

Dari baring saya duduk tak senang hati. Saya cari arah datangnya suara, jelas sangat dari dapur. Bila saya dengar betul-betul. Saya kenal sangat suara tu, suara Kakak Sarah! tapi Kakak Sarah tak pernah menangis sekuat ini, lagi pun Kakak Sarah tak ada di rumah, Kakak Sarah sekolah! suara siapa pula tu? Saya mula rasa takut.

Dalam takut-takut saya nak tahu juga suara siapa yang saya dengar. Saya pun berjalan perlahan ke dapur, Semakin dekat semakin jelas. Memang suara itu dari dapur. Saya terhendap-hendap ke dapur, gelap! cepat saja tangan saya buka lampu tapi serta merta suara tangisan itu hilang. Saya pula yang rasa nak menangis.Ya Allah, takutnya saya! baru teringat hari ini Jumaat. Rasa kering darah, terhenti jantung. 

Saya terus berlari ke ruang tamu telefon Encik Suami. Tak berangkat pula,  SMS pun tak berjawab( Sarapan hari ni istimewa kan ;p). Masa itu juga saya menangis..di ulang..saya menangis (malu sebenarnya nak tulis..heee) sepenuh hati. Encik suami gagal dihubungi saya telefon pula teman baik saya. Hilang sedikit rasa takut, terima kasih Sue. Tiba-tiba saya terfikir kalau tangisan itu petanda sesuatu berlaku pada Kakak Sarah. Makin galak pula saya menangis (alahai sang ibu) Cari pula nombor telefon sekolah, saya kelam kabut dengan mata yang kelabu sampai tersilap hantar SMS pada Saifful "Tolong call sekolah, tanya kakak ok tak..risaulah", terkejut dia,  kalau isteri dia yang baca mesti lagi terkejut ;p

Alhamdulillah Kakak Sarah baik-baik saja. Tapi saya tak pasti suara apa yang saya dengar menyerupai suara tangisan Kakak Sarah, hantu kah? gerunnya! Jauhkanlah. Nauzubillah minzalik!

3 comments:

PinKy MoMMa said...

u..ari tu kan i pun ada dgr suara mcm org nangis..igtkn anak org blakang umah nangis tp bile dgr scra fokus..bukannnn...errrr jam ms tu dh kul 2.30 pg..dia antara ngilai & nangis..smpai ari ni dok wonder apakah bunyi tu...seramzz

Fiza Mahmud said...

Alamak seramnya..setakat usik2 dgn suara tak apalah. Jangan menjelma..takut!

Siti Hayati S.Hamid (Yatt) said...

kak fiza, area umah akk tu penah ke berlaku perkara2 mcm ni...experience jiran2 ke???