Sunday, January 2, 2011

Datang bertandang - Part 1

Lepas subuh kami dah bersiap-siap untuk pergi ke kebun Kamalul yang terletak di Hulu Langat. Sebenarnya, jemputan yang tak dirancang, kebetulan kami berjumpa pada malam sebelumnya dan kebetulan pula Kamalul merancang gathering kecil bersama keluarga. Jadi sudah alang bercerita, kami di jemput serta. Kami pun apa lagi, ambil peluang. 

Lama juga saya tak ke sana, pertama kali pergi semasa perasmian oleh ibunya, waktu itu kawasan masih dalam pembinaan, anak ikan baru dilepaskan dan tanah masih belum diusahakan sepenuhnya.

Sekarang, tengoklah sendiri..

Kami tiba seawal 8 pagi.

Inilah dia, AA Agro milik Kamalul and family.
Signboard cantik, kat dalam mesti lagi menarik.

Disambut oleh Cik Ang yang seksi.

Salah sorang dari pemilik tanah.
Farhan dengan Kakak Sarah nampak excited sungguh. Sibuk mengusik cik Ang, mentang-mentanglah dia seekor ;p


Sampai-sampai saja kolam ikan yang kami tuju. Nak tengok ikan fresh.
Mana Naufal?

Melihat-lihat kawasan, hirup udara segar di pagi hari.

Mekda belajar cara-cara tangkap ikan. 

Umpan dulu ikan sebelum nak tangkap.

ramainya Pakcik punya student ;p

                    Mamak : Alah, aku terror tangkap-tangkap ikan ni. Depan rumah aku kan pantai..
                    Kamalul : Oh! ye ke?
                    Saifful : Terror ek..
                    Mekda : Eh! Awak terror tangkap ikan? setau saya awak terror tangkap anak ikan je..
                    Abang dahlan : Peace no war.

Pakcik tangkap ikan guna tangan.
Abang dahlan : Aku pun boleh!

Guna tangan ya kawan-kawan, guna jari tak boleh. Nanti ikan terlepas =)

Talapia merah.

Ikan yang sedia untuk ditangkap.

Ikan yang sudah ditangkap.


Masa untuk ikan makan.

 Ada style lah saifful
Mekda, Ala-ala menyanyi untuk ikan kaloi ;p

Kakak Sarah memerhati ikan yang mana belum diberi makan.
Takut mati kelaparan.

Ha! yang hujung tu comfirm belum makan.

Alah! An tak sampai, meh ayah tolong bagi ikan yang hujung tu makan.



Tak nampak Naufal langsung kan?

Tak mengapalah, banyak lagi gambar-gambar yang saya nak upload. Takut terlalu panjang pula entry, saya sambung ke part 2 ya =)


To be continue........


No comments: