Friday, February 4, 2011

Peti simpanan dah penuh!

Sibuk-sibuk upload gambar tiba-tiba keluar mesej ni kat skrin. Ceh! storage penuh! Patutlah lama giler nak upload. Rupanya 1GB saja! Mana cukup kan? sudahlah fail gambar semua besar. Nak storage besar kena beli. Pandai dia orang ni kan? ;p


Mula sombong juga tak mau beli, tak mau! try guna picasa web album. Aiyo! Tak pandai guna, nak kena belajar lah pula! bacalah instruction satu persatu dua tiga kali. Oh! macam tu, Oh! macam ni. Cuba dan cuba tak boleh, cuba lagi sekali pun sama, tak pandai juga. Asyik error saja. Dah tak boleh masuk ilmu ke kepala ni? Adeh!

Rupanya, nak upload gambar guna picasa, storage tak cukup, tak boleh juga! ay ya ya! (betul ke? atau saya yang memang tak tahu guna :( )

Akhir sekali Encik Suami bersuara, "Beli je lah Yang."
Dengan tak fikir panjang terus click "purchase more storage". Teruk betul saya ni kan ;p

 pembelian 20GB storage, USD5 setahun. Murahlah kan?
 Kalau nak storage besar lagi pun ada,  click dan bayar sambil pejam mata.

Sekejap saja! dalam masa 24jam storage akan di "courier".


Macam mana dengan Picasa Web Album, dah putus asa ke belajar?
Eh! taklah, masih belajar. Penuh azam ni nak master guna "dia" ;p

Selamat beradu semua =)




No comments: