Wednesday, February 2, 2011

Kenduri kahwin feat kenduri kesyukuran

Dua hari berturut hadirkan diri ke kenduri. Hujung minggu kenduri kahwin Mariam, anak Pakcik Rejab di kampung. Dulu waktu saya tinggalkan kampung, Mariam masih kecil lagi. Mungkin dalam darjah 6 atau tingkatan 1. Cepat saja masa berlalu, hari ini sudah selamat dia menjadi isteri orang. Semoga berbahagia dan berkekalan hendaknya.

 Curi-curi ambil gambar bilik pengantin, simple but nice kan?

 Pasangan pengantin, Mariam & Zulhilmi.

 Cari ruang nak duduk.

Hari Isnin pula, seawal pagi sudah bergerak ke Batu Pahat ke rumah makcik kesayangan, Cik Nong. Kenduri kesyukuran Cik Taha yang sudah sembuh dari strok. Juga doa selamat sempena Mohamad Faris cemerlang dalam PMR dan Nurul Syaza nak berangkat ke NZ - Alhamdulillah dan Tahniah!

 Kenduri kesyukuran di Batu Pahat.

Semoga rezeki dan rahmat datang mencurah-curah buat Mariam dan Cik Nong sekeluarga, Amin Ya-rabbal-alamin.
Wassalam.

No comments: