Tuesday, February 1, 2011

Sirih pulang ke gagang

Ikut rancangan, sepatutnya kami nak bertolak awal petang, lepas hantar Kakak Sarah ke Klinik. Tapi disebabkan kami singgah makan, hujan dan saya nak ke Ariani, Kami bertolak lebih kurang jam 8 malam melalui Bangi.

Sepanjang perjalanan hujan rahmat mengiringi. Kami hanya singgah di hentian Pagoh, itu pun sebab Kakak Sarah nak ke toilet. Kalau tidak memang tak berhenti. Lagi pula Naufal dan Maryam dah tidur lena. Seboleh mungkin nak tiba awal.

Selama tiga hari di kampung hujan lebat tak berhenti-henti.Tanah jadi becak berlumpur, kasihan jiran dan makcik yang buat kenduri.

Dalam perancangan juga, sepatutnya balik semula ke KL hari isnin. Extend sehari sebab balik kenduri di Batu Pahat menjelang pagi. Cuci kain baju tak kering-kering. Saya pula bawa baju memang cukup untuk 2 hari, terpaksalah kami pergi beli.

Tengoklah Naufal, nak tidur ikut dia mana suka. Dalam baby seat Maryam pun boleh lena.

Pagi-pagi tak ada kerja, dalam cuaca hujan tangkap gambar monyet curi petai jiran sebelah.
Eh! monyet makan petai ke? Tak pernah tau pula saya ;p



Sarapan pagi air tangan mak, terbaik!

Naufal macam biasalah, makan apa pun dengan gula.

Hujan-hujan, Maryam tidur nyenyaknya.

5 hari hujan tanpa henti, jambatan pejalan kaki di Kluang runtuh lagi!


Sebelum balik sempat jenguk rumah yang laman dah macam hutan simpan ;p

Dalam perjalanan balik banyak tempat kami singgah. Kami makan dulu di restoran kegemaran kami, jenguk rumah yang-tak-tau-bila nak dihuni, berhenti di hentian pagoh beli buah. Berhenti pula di hentian Alor Gajah, makan lasgna tapau tadi.  Berhenti entah dimana-mana lagi, buat susu Maryam. Akhirnya, kami tiba juga di rumah jam 7 malam.

Letih sangat, pukul 9 malam kami dah tenggelam.

Selamat malam.






No comments: