Sunday, October 27, 2013

Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.



Perniagaan adalah sunnah, Rasulullah juga mengatakan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan." (Hadis riwayat Tirmizi)

Aktiviti perniagaan bukan sahaja melibatkan perkara jual beli barang fizikal. Malah ia juga melibatkan seluruh aspek kehidupan kita dari segi pembinaan sahsiah diri : bersikap jujur, adil, toleransi, dan sebagainya semasa berniaga, membina ukhuwwah (jaringan pemasaran-marketing), dan menjadi seorang peniaga yang kreatif supaya perniagaan itu kekal.

Menjadi contoh teladan terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya semasa hidupnya. Baginda mempunyai kemahiran berniaga yang sangat dikagumi oleh orang lain. Kebolehan dan kemahiran berniaga yang dimiliki baginda telah menyebabkan baginda mampu menjadi usahawan yang dipercayai oleh orang lain. Baginda melakukan perniagaan dengan jujur tanpa anda unsur-unsur penipuan dan juga riba yang sememangnya haram dalam islam.

Pernigaan hari ini lebih mudah berbanding dengan perniagaan pada zaman Baginda Rasulullah. Dengan adanya teknologi maklumat tanpa sempadan, perniagan dapat dijalankan secara online dan kita boleh mendapatkan pelanggan dari seluruh dunia. dengan ini perniagaan dapat dikembangkan dengan cepat.

Perpandukan sunnah dan yakinlah rezeki dalam perniagaan lebih luas, ditambah dengan  teknologi pemasaran secara talian yang kita ada sekarang, belum terlambat untuk  kita pengambil peluang dan  mula berfikir untuk memulakan perniagaan kita sendiri. Percayalah. 


"PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA."


Ikhlas,
Fiza Mahmud
Shaklee Independent Distributor.
016-2253556

No comments: