Friday, December 6, 2013

Memerlukan darah dan platelet darah jenis O+ve

Salam,

Memerlukan penderma darah Jenis O+ve (Lelaki dan perempuan) untuk anak kepada rakan kami, AMZAR AIMAN, 13 tahun. Amzar menghidap leukimia dan kritikal. Beliau sedang dirawat di ICU, Subang Jaya Medical Centre. 

Amzar di diagnose menghidap leukimia lebih kurang 6 bulan yang lalu. Telah menjalani beberapa siri rawatan kemoterapi dan insulin. Seorang yang tabah, kuat dan bersemangat untuk sembuh. Tidak pernah sekalipun merungut dan mengeluh dengan semua rawatan yang menyakitkan. 


Amzar memerlukan darah dari semasa ke semasa dan memerlukan platelets darah jenis ini dengan segera dari seorang penderma lelaki yang sesuai (SDP).

Kepada sesiapa yang sudi menderma boleh menghubungi Abang pesakit di talian : 013-6169877 ( Ammar Aiman) atau datang terus ke :
Tingkat 5, North Tower,
Subang Jaya Medical Center.
Nama Pesakit : Amzar Aiman.


Minta tolong sebar-sebarkan maklumat ini, semoga dengan pertolongan yang kecil, dapat memberi peluang dan harapan yang besar buat Amzar Aiman. Doakan juga semoga Amzar Aiman sembuh dan dipanjangkan usia, Amin.



No comments: